CME : An Updates on ELISA Automation: Serology Testing

13 Jul 2018

Pada 12 Julai 2018 (Khamis), Unit Virologi Serologi JPMD dengan kerjasama U.C Biosciences Sdn Bhd telah menganjurkan CME bertajuk “An Updates on ELISA Automation: Serology Testing” bertempat di Gugusan Mikrobiologi JPMD.

CME ini di sampaikan oleh Mr Arshad Syed dari Serion Immunodiagnostica German. Dalam CME ini kakitangan didedahkan dengan kaedah pengujian ELISA menggunakan analyzer dan perisian yang boleh membantu mempercepatkan proses pengujian dan interpretasi keputusan di makmal.

 

Laporan : Pn Norzuriza Mohd Rais
Gambar : UVS

Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPMD 2018

5 Jul 2018


Khamis, 5 Julai 2018. Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPMD 2018 telah di adakan dengan meriah sekali bertempat di tingkat Basement JPMD. Sambutan kali ini bertemakan suasana kampung.
 
 
Terdapat 5 gerai yang mewakili 5 Gugusan perkhidmatan di JPMD. Gerai-gerai ini menghidangkan juadah seperti Satey, Lemang, Ais Krim, Cendol, Air dan Bihun. Persiapan gerai dan juga mini pentas telah dibuat sendiri oleh kakitangan JPMD dengan semangat berpasukan dan kerjasama yang erat dan muhibbah.

Majlis di rasmikan oleh Datin Dr Anita Sulong selaku Ketua JPMD, Jamuan berlangsung dengan selingan persembahan daripada kakitangan dan juga acara cabutan bertuah.

Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan JPMD yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini dari awal persediaan dan sehinggalah tamat majlis.

Diharap majlis seperti ini akan dapat mengeratkan siratulrahim dikalangan kakitangan JPMD.

Laporan Oleh : Abdul Hamydy
Gambar Oleh : Mohd Izwan, Hamydy, Shahreen

CME : Respiratory Disease Management – Diagnosis of MERS CoV and Influenza

27 Mar 2018


Selasa, 27 Mac 2018, Unit Biologi Molekul dan unit Kultur tisu Darah JPMD dengan kerjasama ADT Biotech Sdn Bhd telah menganjurkan CME bertajuk ” Respiratory Disease Management – Diagnosis of MERS CoV and Influenza” bertempat di Makmal Mikrobiologi JPMD. CME ini di sampaikan oleh  Dr Finn Zedler dari Altona Diagnostics German. Dalam CME ini kakitangan dapat “Refreshment Knowledge” berkaitan Famili Virus Corona dan juga infeksi MERS CoV & Influenza virus.

Teknik diagnostik yang diperkenalkan adalah teknik qPCR yang mengambil masa dalam 2jam30minit pengujian. Diharap CME ini dapat memberi input dan nilai tambah kepada kakitangan dan juga kepada Unit Biologi Molekul dan unit Kultur tisu

Laporan : Hamydy
Gambar : Aini Hayati, Darna, Khairol

<Galeri Gambar>

Penghargaan : Penyampaian Sijil Penghargaan Oleh Pengurusan Ukm Kepada Kumpulan KIK B-MED

25 Jan 2018


Bangi, 25 Jan 2018 – Kumpulan KIK dan 5S telah dijemput ke Majlis Penghargaan daripada Pengurusan Tertinggi UKM diatas kejayaan memenangi EMAS di International Convention On Quality Control Circles (ICQCC) yang telah berlangsung di Manila, Filipina Pada 24-27 Oktober 2017. Keseluruhan kumpulan yang mewakili negara adalah sebanyak 37 kumpulan. 36 kumpulan telah memenangi EMAS dan 1 kumpulan mendapat Perak. Pusat Perubatan UKM yang terpilih mewakili negara adalah Kumpulan B-MED dari JPMD, Kumpulan ZITRON dari Jab Fisioterapi Perubatan dan Kumpulan 5S Parasit EVO dari Jabatan Parasitologi Perubatan. Sijil penghargaan disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Pentadbiran UKM iaitu EN ABD RAZAK BIN HUSSIN.
 
Majlis penghargaan ini dimulakan dengan ucapan tahniah Pengarah Eksekutif Pentadbiran UKM, EN ABD RAZAK BIN HUSSIN dan seterusnya perkongsian ICQCC Manila oleh En Raja Mohamad Bin Raja Zahari mewakili ketiga-tiga kumpulan.

Penghargaan ini amat bermakna bagi kakitangan kerana ia dapat memberi semangat dan galakkan untuk terus bekerja dalam pasukan bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti kecemerlangan UKM secara amnya.

Laporan oleh : Abd Hamydy
Foto : Ahli KIK

Penghargaan : Penyampaian Sijil Penghargaan oleh MPC kepada Kumpulan KIK B-MED

19 Jan 2018


Petaling Jaya, 19 Jan 2019 – Kumpulan KIK dan 5S telah dijemput ke Majlis Penghargaan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (Malaysia Productivity Corporation (MPC)) diatas kejayaan EMAS di Peringkat International Convention On Quality Control Circles (ICQCC) yang telah berlangsung di Manila, Filipina Pada 24-27 Oktober 2017. Keseluruhan kumpulan yang dihantar oleh MPC bagi mewakili negara adalah sebanyak 37 kumpulan. 36 kumpulan telah memenangi EMAS dan 1 kumpulan mendapat Perak. Pusat Perubatan UKM yang terpilih mewakili negara adalah Kumpulan B-MED dari JPMD, Kumpulan ZITRON dari Jab Fisioterapi Perubatan dan Kumpulan 5S Parasit EVO dari Jabatan Parasitologi Perubatan. Sijil penghargaan disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC iaitu DATO` MOHD. RAZALI HUSSAIN.

Majlis penghargaan ini dimulakan dengan perkongsian ICQCC Manila oleh salah seorang Fasilitator kumpulan yang pergi. Seterusnya Penerangan dan taklimat penggunaan sistem online untuk pengurusan pendaftaran kumpulan KIK bagi tahun 2018 dan juga pembentangan jadual konvensyen bagi tahun 2018.

Penghargaan ini amat bermakna bagi kumpulan KIK yang pergi ke Convention On Quality Control Circles (ICQCC) yang telah berlangsung di Manila, Filipina, kerana ia telah mengharumkan nama negara dan Institusi masing-masing.

 

Laporan oleh : Abd Hamydy
Foto : Ahli KIK

Artikel : Kaedah Cepat Mengesan Jangkitan Penyakit Gastrik Dan Ulser (Luka) Perut

11 Jan 2018

Penyakit gastrik dan ulser (luka) perut boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor-faktor ini termasuklah tekanan (stress), tindak balas bahan kimia daripada ubat atau makanan dan jangkitan bakteria. Bakteria yang menyebabkan penyakit gastrik dan ulser perut ini dinamakan sebagai Helicobacter pylori (H. pylori) dan pengesanannya dapat membantu dalam proses penyembuhan penyakit-penyakit ini.

Secara tradisinya, diagnosis jangkitan H. pylori dilakukan melalui beberapa kaedah. Kaedah-kaedah tersebut adalah
seperti:
i. ujian serologi untuk mengesan antibodi terhadap bakteria ini di dalam darah pesakit,
ii. ujian histologi untuk mengesan kehadiran bakteria dalam tisu perut
iii. ujian nafas urea.

Ujian-ujian ini hanya dapat menentukan kehadiran jangkitan tetapi tidak dapat menentukan jenis antibiotik yang boleh membunuh atau menyingkirkan bakteria ini. Penentuan kerentanan (suseptibel) H. pylori terhadap antibiotik adalah penting kerana sekiranya pesakit dirawat dengan antibiotik yang mana bakteria ini adalah rintang (resistan) terhadapnya, pesakit akan mengalami kegagalan rawatan. Ini akan meningkatkan risiko jangkitan berpanjangan (kronik) dan pesakit akan terdedah kepada penyakit yang lebih teruk seperti kanser perut.

Ujian kultur (penumbuhan) bakteria H. pylori di dalam makmal dan penentuan kerentanan terhadap antibiotik telah dilakukan dapat membantu doktor dalam mempreskripsi antibiotik untuk rawatan. Doktor telah menggunakan dapatan ujian ini untuk memilih antibiotik yang sesuai untuk menyingkirkan atau membunuh H. pylori terutamanya pada pesakit-pesakit yang telah beberapa kali mengalami kegagalan rawatan. Walau bagaimanapun, hasil kaedah tradisional mengambil masa yang agak lama di antara 10-15 hari. Ini akan menangguhkan preskripsi rawatan antibiotik yang betul/tepat kepada pesakit.

Kajian pengesanan jangkitan H. pylori dengan kaedah yang lebih cepat telah dijalankan. Kaedah baharu ini menggunakan teknik molekular yang mengesan kehadiran H. pylori dalam tisu perut dan pada masa yang sama menentukan kerentanan bakteria ini terhadap antibiotik. Kaedah baharu ini hanya mengambil masa 3 hari untuk mengesan jangkitan H. pylori dan menentukan suseptibiliti H. pylori terhadap antibiotik. Dengan ini, doktor dapat mempreskripsi antibiotik yang betul kepada pesakit dan meningkatkan kejayaan rawatan dan seterusnya mengurangkan risiko pesakit mendapat penyakit yang lebih teruk seperti kanser perut.

Artikel ini diterbitkan di dalam Buletin IMPAK PENYELIDIKAN TRANSLASI @ UKM Oktober 2017

Penulisan oleh : Dr Alfizah Hanafiah
Ketua Unit Penyediaan Media Mikrobiologi JPMD

Untuk maklumat lanjut sila e-mel: alfizah@ppukm.ukm.edu.my

Khidmat Masyarakat : Lawatan ke Panti Asuhan Banda Aceh Indonesia

11 Jan 2018


Program Kihidmat Masyarakat di Banda Aceh Indonesia. Wakil kakitangan JPMD telah turut serta dalam Program Khidmat Masyarakat ke Banda Aceh pada 23-25 November 2017. Program ini merupakan anjuran Kelab Kebajikan Jabatan Kewangan PPUKM. Objektif program ini adalah untuk membantu dan memberi dana sumbangan kepada dua buah Panti Asuhan dan juga sumbangan kepada masjid yang terjejas semasa peristiwa Tsunami tahun 2004.

JPMD diwakili oleh En Abd Hamydy Abd Hamid dan En Baharudin Duraba, jumlah peserta adalah seramai 19 dan majoriti adalah kakitangan Kewangan yang diketuai oleh En Sazali Ibrahim.

Selain dari lawatan ke Panti Asuhan dan Masjid, kami juga turut melawat lokasi yang terjejas oleh bencana tsunami, antaranya ialah Bot Atas Rumah dan Kapal Generator Elektrik yang terdampar di darat,

Aktiviti yang dijalankan adalah Gotong Royong membersihkan kawasan di Panti Asuhan Banda Aceh Pusat Bandar. Manakala sumbangan dana disumbangkan kepada Panti Asuhan Banda Aceh Pusat Bandar, Yayasan Panti Asuhan Yatim Piatu BTRG di Ulee Kareng, Masjid Baiturrahim Pantai Ulele dan Masjid Rahmatullah Masjid Pantai Lampuuk. Dana sumbangan ini adalah hasil kutipan dari kakitangan PPUKM oleh kelab kebajikan Kewangan.

Diharap program ini memberi kegembiraan kepada anak-anak yatim mangsa Tsunami dan  ini dan Kariah Masjid yang dilawati.

Laporan oleh : Abd Hamydy
Foto : Peserta Program

Khidmat Masyarakat : Pusat Ilmu Muslim Aid (PIMA) – UNHCR

30 Oct 2017


Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah mengadakan program khidmat masyarakat di Pusat Ilmu Muslim AID (PIMA) – UNHCR, Tasek Tambahan, Ampang, Kuala Lumpur. Program yang diberi nama ‘Projek B-CARE Garden’ yang sepatutnya dijalankan pada 7 Oktober 2017 tetapi telah ditunda pada 14 Oktober 2017 bagi memberi laluan kepada para pelajar untuk menumpukan perhatian dalam minggu peperiksaan telah dikelolakan oleh Unit Bakteriologi.

Idea untuk projek ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak kecil Rohingya yang merupakan mangsa kepada kesan politik serta fahaman keagamaan di negara mereka juga merupakan manusia yang mempunyai hati dan perasaan yang perlu dibela dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Pihak PIMA sendiri telah meminta pihak pengajur program untuk menambahbaik taman di kawasan sekolah berkenaan. Permintaan ini disambut baik oleh penganjur memandangkan setiap anak berhak mendapat persekitaran yang baik untuk menuntut ilmu.

Program yang telah disertai seramai 56 orang peserta ini termasuk para pelajar di PIMA dimulakan dengan taklimat daripada ketua projek iaitu En. Shamsul Rezuan Sulaiman. Sebelum memulakan kerja-kerja penambahbaikan taman, para peserta telah disajikan dengan jamuan ringan. Aktiviti program bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Antara aktiviti program adalah membersihkan kawasan taman, menyusun pasu, menanam rumput dan pokok bunga serta menghias sudut B-CARE Garden.

Program berakhir dengan ucapan daripada wakil projek dan wakil dari PIMA iaitu Cikgu Norlida Azizan sebelum majlis penyerahan cenderahati yang telah disampaikan oleh Pn. Nor Afnizan Mohd Yusof selaku Pegawai Sains Unit Bakteriologi dan seterusnya sesi bergambar beramai-ramai. Keterujaan dan keseronokan jelas kelihatan di raut wajah anak-anak PIMA walaupun penat membantu dalam aktiviti program selepas melihat hasil akhir sebuah taman yang jauh lebih cantik dari sebelumnya. Diharap program ini memberi secebis kegembiraan kepada anak-anak Rohingya ini dan membuka mata seluruh warga JPMD dan masyarakat sekitar akan nasib pelarian politik ini.

Laporan oleh : Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari
Foto : Unit Bakteriologi

Konvensyen : International Convention On Quality Control Circles (ICQCC) 2017 – Manila

30 Oct 2017


Pada tahun ini, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah melakar sejarah apabila buat pertama kalinya berjaya memperoleh Anugerah Emas di peringkat antarabangsa menerusi Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) – B-MED dalam International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2017 yang berlangsung di Manila, Filipina pada 24-27 Oktober 2017.

Kumpulan KIK dari JPMD sebelum ini pernah berjaya melangkah ke peringkat kebangsaan tetapi pada tahun ini, penyertaan kumpulan dari JPMD buat julung kalinya berjaya melangkah ke peringkat antarabangsa, selepas berjaya mendapat Anugerah 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam pada Konvensyen Team Excellence peringkat Kebangsaan pada tahun 2016. Di mana, kejayaan ini lebih manis lagi apabila buat pertama kalinya melayakkan JPMD untuk mewakili PPUKM, UKM dan seterusnya Malaysia dalam ICQCC.

JPMD telah diwakili oleh En. Abd Hamydy Abd Hamid, En. Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari dan Cik Hafizah Rossli serta Mohd Nor Adzhar Adnan dari Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi Perubatan. Kumpulan B-MED dari Gugusan Mikrobiologi ini telah mebawa tajuk ‘Penghasilan Kultur Media Tidak Mencukupi di Makmal JPMD’ dalam konvensyen tersebut.

Malaysia telah menjadi kontigen keempat terbesar dengan menghantar sebanyak 37 Kumpulan dengan 215 orang deligasi daripada 29 organisasi. Tiga belas negara telah menyertai ICQCC pada tahun ini dengan 366 kumpulan. Kejayaan Kumpulan B-MED dari JPMD mendapat Emas telah membantu pasukan Malaysia membawa pulang 36 Emas dan 1 Perak, serta secara tidak langsung berjaya memastikan kesemua pasukan dari PPUKM memperoleh Anugerah Emas. ICQCC 2017 merupakan penyertaan terbesar PPUKM sejak dari tahun 2010 dengan diwakili oleh 3 kumpulan.

Diharap kejayaan ini dapat menjadi pemangkin dan pembakar semangat warga JPMD untuk terus membuat penambahbaikan dalam kualiti dan didoakan semoga penyertaan jabatan pada peringkat antarabangsa menerusi kumpulan KIK ini tidak terhenti di sini dan akan mewakili Malaysia lagi pada masa hadapan.

 

Laporan oleh : Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari
Foto : B-MED

Bengkel : Bengkel Pengurusan Risiko JPMD

12 Oct 2017


Khamis, 12 Oktober 2017 – Jawatankuasa Pengurusan Risiko JPMD telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Risiko JPMD bertempat di Makmal Komputer DOME 1, Tkt 13, Bangunan Praklinikal, PPUKM. Objektif bengkel ini adalah untuk Memantapkan kemahiran berkaitan Penilaian Risiko, Menambah baik tatacara pelaksanaan dan penulisan Penilaian Risiko JPMD dan Menyediakan Pelan Kawalan Kualiti JPMD.

Seramai 25 orang kakitangan JPMD yang merupakan jawatankuasa dari semua unit perkhidmatan terlibat dalam bengkel ini. Sepanjang bengkel ini berlangsung, banyak faedah dan input yang diperolehi hasil daripada perkongsian idea peserta dan penceramah. Antaranya adalah:

1) Tatacara pelaksanaan dan penulisan Penilaian Risiko yang terkini dan mengikut format yang telah ditetapkan.
2) Melengkapkan Jadual Pelan Kawalan Kualiti JPMD mengikut gugusan (Kajian Darah, Kajian Tisu, Kajian Transfusi Darah, Kajian Mikrobiologi)
3) Klasifikasi risiko yang bersesuaian bagi setiap gugusan.


Pihak JPMD mengharapkan melalui bengkel yang dijalankan, Jawatankuasa dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dan menambahbaik pengurusan Risiko di JPMD

Laporan : Khairunisa Kamaruzaman
Gambar : Hairol Azman

<Galeri Gambar>

1 3 4 5 6 7 9

Search

+