Bengkel : Phlebotomy Training Workshop

9 Aug 2017


Isnin, 24 – 25 Julai 2017 Bahagian Pengambilan Darah JPMD telah menganjurkan ‘Phlebotomy Training Workshop’ selama dua hari bertempat di Dewan Kuliah 1, Blok Pra-klinikal, HCTM, PPUKM. Bengkel ini mensasarkan penyertaan daripada pihak luar PPUKM dan dikenakan bayaran bagi setiap penyertaan. Sasaran penyertaan adalah seramai 20 peserta tetapi terpaksa di buka kepada 30 peserta kerana sambutan yang sangat baik.

Antara organisasi yang menyertai bengkel ini ialah Kolej Teknologi Makmal Perubatan KTMP (8 orang), Pantai Premier Pathology (6 orang), Premier Diagnostic (4 orang), Prince Court Medical Centre (3 orang), Fakulti Sains Kesihatan UKMKL (2 orang), Fakulti Farmasi UKMKL (2 orang), Prima Lab (2 orang), Pusat Kesihatan UKM (1 orang) dan Quantum Diagnostic (1 orang).

Bengkel ini dianjurkan dengan usahasama syarikat pembekal, Becton Dickinson (BD) yang mengkhususkan pengenalan dan pembelajaran teknik pengambilan darah yang betul menggunakan kaedah vacutainer (tiub bervakum) secara teori dan praktikal. Para peserta dikehendaki menjalani penilaian teori (bertulis) dan praktikal (dummy) di penghujung bengkel untuk menilai keberkesanan latihan dan pendedahan yang diberikan.

Sesi praktikal dan penilaian teknik pengambilan darah dikendalikan oleh kakitangan Bahagian Pengambilan Darah yang bertindak sebagai fasilitator bengkel.

Antara penceramah yang menjayakan bengkel ini ialah Cik May Ong Foong, Senior Clinical Specialist dari Becton Dickinson (BD), Dr. Hanita Othman, Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik PPUKM dan Prof. Madya Dr Norzana Abd Ghafar, Ketua Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan UKM.

Untuk penganjuran bengkel ini buat pertama kalinya, pihak JPMD berasa sangat bersyukur atas sambutan yang sangat baik dari para peserta dan berharap dapat meneruskan bengkel ini sebagai acara tahunan.

Laporan : Mohd Izwan Mohd Shamsudin
Gambar : Mohd Izwan Mohd Shamsudin

<Galeri Gambar>

Majlis Tadarus Al-Quran

20 Jun 2017

Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran JPMD
Selasa, 20 Jun 2017 Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM, UKM telah menganjurkan majlis Tadarus & Khatam Al- Quran dan dibuka kepada semua kakitangan JPMD.



Objektif penganjuran program kerohanian ini adalah bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadhan dengan bacaan Al-Quran.

Program dimulakan dengan bacaan Al-Quran, doa khatam Al-Quran dan disempurnakan dengan penyampaian jamuan ringan kepada peserta-peserta. Semoga program ini diberkati sebagai satu ibadah di bulan yang mulia ini.

Khidmat Masyarakat : Ombak Rindu 2016 Unit Bakteriologi

3 Jan 2017

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT OMBAK RINDU 2016
UNIT BAKTERIOLOGI, JPMD DI PANTAI BAGAN LALANG, SEPANG
k-masyarakat-ombak-rindu-2016
Pada 30 Julai 2016,  Unit Bakteriologi,JPMD telah menganjurkan program khidmat masyarakat “Ombak Rindu” di Pantai Bagan Lalang, Sepang yang melibatkan 50 orang peserta. Para peserta sampai di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada pukul 9 pagi. Sebelum bermulanya aktiviti, peserta dijamu dengan sarapan pagi yang telah disediakan. Program kemudian telah dirasmikan oleh Puan Roszita Ibrahim selaku Pegawai Sains Kanan bagi mewakili Dr. Hanita Othman selaku ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik.

Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk membersihkan sekitar kawasan pantai. Segala keperluan untuk melakukan pembersihan telah disediakan seperti plastik sampah, prongkes, pencakar dan sarung tangan. Disamping itu, para peserta turut mengedarkan risalah kesedaran tentang jangkitan kuman kepada orang awam untuk meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan. Aktiviti tamat pada pukul 12 tengahari. Sebelum pulang ke HTCM, peserta telah dijamu dengan makan tengah hari.
k-masyarakat-ombak-rindu-2016-2
Secara keseluruhannya, program ini telah menjadi satu kenangan yang amat berharga kepada semua peserta. Program ini telah memberikan impak yang positif di dalam diri peserta terutamanya mengeratkan ukhuwah antara masyarakat setempat disamping memulihara dan memelihara alam sekitar. Diharap agar program seperti ini akan terus dijalankan melibatkan penjawat awam dengan masyarakat luar.

Laporan Oleh: Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari

Taklimat : Penggunaan Alat Pemadam Api

1 Nov 2016

Media
Pada 31 Oktober 2016,  Satu taklimat penggunaan alat pemadam api telah dijalankan oleh Unit Penyediaan Media JPMD bertempat di makmal Penyediaan Media dan demonstrasi penggunaan telah diadakan di ruang pakir. Taklimat disampaikan oleh Tuan Hj Sukeri Kasni selaku Pegawai Insiden JPMD.
Media Media
Fokus utama taklimat ini adalah sebagai proses pembelajaran berterusan kepada kakitangan. Objektif utama taklimat ini adalah untuk memastikan kakitangan mempunyai pengetahuan dan sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana kebakaran di tempat kerja.

Diharap kakitangan mendapat manfaat dan dapat memastikan suasana kerja yang selamat.

Laporan : Abdul Hamydy
Gambar : Abdul Hamydy

Bengkel : Menjawab Ketidakpatuhan Audit & Kawalan Ketidakpatuhan Dalam Iso 15189:2014

18 Oct 2016

Bengkel ISO
Selasa,18-19 oktober 2016 Jawatankuasa ISO dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JPMD telah menganjurkan Bengkel Menjawab Ketidakpatuhan Audit dan Kawalan Ketidakpatuhan Dalam MS ISO 15189:2014 bertempat di Auditorium UMBI, PPUKM.
Bengkel ISO Bengkel ISO
Seramai lebih kurang 50 orang kakitangan telah menyertai bengkel 2 hari ini. Objektif penganjuran bengkel ini adalah memberi latihan dan kefahaman berkenaan Kaedah Menjawab Ketidakpatuhan Audit dan Kawalan Ketidakpatuhan dalam MS ISO 15189 kepada Juru Audit Dalaman JPMD.
Bengkel ISO Bengkel ISO
Pihak JPMD telah menjemput Ybhg. En Hasfaniezam Abu Hasan Senior Executive (trainer & Consultant)  Quality, Environment, Safety and Health Section SIRIM, selaku penceramah pada bengkel tersebut. Pihak JPMD mengharapkan melalui bengkel yang dijalankan, para pesrta dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

Laporan : Abdul Hamydy
Gambar : Abdul Hamydy

<Galeri Gambar>

Bengkel : Pengukuhan Pengurusan Kawalan Kualiti Skop Ujian Kualitatif

13 Oct 2016

dsc_0045-2
Rabu,12 oktober 2016 Jawatankuasa Jaminan Kualiti dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JPMD telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Pengurusan Kawalan Kualiti Skop Ujian Kualitatif Berlandaskan MS ISO 15189:2014 bertempat di Bilik Seminar Jabatan Patologi, Tingkat 15, Banggunan Praklinikal, PPUKM.
Bengkel QC Kualitatif Bengkel QC Kualitatif
Seramai lebih kurang 40 orang kakitangan telah menyertai bengkel sehari ini. Objektif penganjuran bengkel ini adalah memberi latihan dan kefahaman berkenaan pengurusan kawalan kualiti makmal di bawah skop pengujian kualitatif dan mengukuhkan kefahaman kakitangan tentang klausa 5.6 standard MS ISO 15189 terhadap pengurusan pengujiamn di makmal.
Bengkel QC Kualitatif Bengkel QC Kualitatif
Pihak JPMD telah menjemput Ybhg. Dr Masita Arip (Head of Centre & Consultant Pathologist, Allergy & Immunology Reserch Center)  dari Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Prof. Madya Dr Isa Mohamed Rose (Pensyarah dan Pakar Patologi PPUKM)  selaku penceramah pada bengkel tersebut.

Pihak JPMD mengharapkan melalui bengkel yang dijalankan, para pesrta dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari bagi memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

Galeri

Laporan : Abdul Hamydy
Gambar : Abdul Hamydy

Bengkel : Pemantapan Penganalisaan Soalan Kajiselidik

24 Jun 2016

bengkel etika1

Khamis, 2 Jun 2016 Jawatankuasa Etika Kerja dengan kerjasama Jawatankuasa Latihan JPMD telah menganjurkan Bengkel Penganalisaan Soalan Kajiselidik bertempat di Makmal Komputer Casemix, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar, HCTM, PPUKM.

Seramai lebih kurang 24 orang Pegawai Etika dan Pegawai Sains telah menyertai bengkel sehari ini. Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran kakitangan terlibat dalam menganalisa data kajian soalselidik yang dijalankan menggunakan perisian SPSS seterusnya melaporkan hasil kajian yang mantap dan berkualiti.

bengkel etika4 bengkel etika3

Pihak JPMD telah menjemput Ybhg. Prof. Dr. Shamsul Azhar Shah dari Jabatan Kesihatan Masyarakat selaku penceramah pada bengkel tersebut. Sesi pembelajaran sangat interaktif di mana para peserta boleh berinteraksi secara dua hala dan menjalankan penganalisaan ke atas data kajian sebenar yang telah dilaksanakan oleh JPMD sebelum ini.

Pihak JPMD mengharapkan melalui bengkel yang dijalankan, para pesrta dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari semasa membangunkan, menganalisa dan melaporkan hasil data soalselidik di masa akan datang.

Laporan : Siti Hawa Abu Amis
Gambar : Abdul Hamydy

Kerohanian : Majlis Tazkirah Ramadhan

24 Jun 2016

tazkirahjpmd1

Isnin, 23 Mei 2016 Satu Program Kerohanian telah berjaya dilaksanakan di JPMD bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan pada 6 Jun 2016. Ceramah telah diadakan di ruang legar Pejabat JPMD.

Pihak JPMD telah menjemput Ybhg. Ustaz Mohammad Afandi Che Harun iaitu Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah JAKIM bagi menyampaikan ceramahnya yang bertajuk ‘Andai Ini Ramadhan Terakhirku’.

Program selama sejam ini telah dihadiri oleh sebahagian besar kakitangan di JPMD yang terdiri dari pelbagai gred jawatan. Pengisian ceramah dengan kata-kata nasihat dan amalan-amalan yang dituntut sebelum, semasa dan selepas Ramadhan sangat bermanfaat untuk dijadikan panduan dan amalan semua kakitangan beragama islam di jabatan ini.

Pihak JPMD mengharapkan agar program kerohanian dan bersifat ilmiah seperti ini dianjurkan selalu supaya dapat mengeratkan ukhwahfillah di kalangan kakitangan. Syabas dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa Etika Kerja JPMD dan semua yang terlibat dalam menganjurkan program ini.

Laporan dan gambar: Siti Hawa Abu Amis

Lawatan Akademik : Pusat Pengajian Sains Diagnostik Dan Kesihatan Gunaan (FSK UKM)

8 Jun 2016

Lawatan FSK 1
Pada 18hb Mei 2016, pihak JPMD telah menerima kunjungan rasmi daripada pelajar Program Sains Forensik iaitu seramai 22 orang yang diketuai oleh Dr. Seri Pawita Albakri Amir Hamzah serta dibantu oleh 2 kakitangan daripada Fakulti Sains Kesihatan (UKM).

Tujuan lawatan adalah untuk memberikan para pelajar pendedahan awal tentang prinsip patologi asas, analisa diagnosis dan penyakit. Lawatan melibahkan unit-unit seperti Unit Patologi Kimia, Unit Hematologi, Unit Sitogenetik, Unit Sitopatologi dan Unit Histopatologi.
Lawatan FSK 3 Lawatan FSK 2
Sesi lawatan bermula pada jam 9 pagi dan telah dimulai oleh taklimat ringkas telah diberikan oleh Encik Ahmad Zamri Noordin (Eksekutif) daripada Unit Pengurusan Pentadbiran, JPMD. Bagi memastikan para pelajar dapat penerangan yang jelas, kumpulan pelajar tersebut telah dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Sesi lawatan ini berakhir pada jam 1 tengah hari, dan pihak Jawatankuasa Latihan JPMD ingin memohon ribuan terima kasih kepada para pegawai yang terlibat kerana telah memberikan penerangan yang jelas serta berkongsi pengalaman mereka kepada para pelajar tersebut.

Diharapkan para pelajar tersebut dapat menafaatkan segala informasi yang diberikan.

Laporan dan Gambar : Roszita Binti Ibrahim

Taklimat : Akses Dan Aplikasi Penggunaan Sistem Pengurusan Dokumen Ms Iso 15189

25 May 2016

SPDUKM
Khamis, 24 Mac 2016 JPMD telah mengadakan taklimat kepenggunaan Sistem Pengurusan Dokumen (SPD) di bawah program MS ISO 15189 kepada semua kakitangan. Taklimat telah diadakan sebanyak dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang bagi membolehkan semua kakitangan hadir dan mendapat maklumat sebagaimana diperlukan oleh pihak jabatan. Taklimat telah diadakan di Dewan Kuliah 1, Blok Pendidikan, HCTM, PPUKM.
SPDUKM1 SPDUKM2
Penganjuran taklimat ini bagi memastikan semua kakitangan yang berkhidmat di JPMD arif serta tahu menggunakan sistem ini. SPD merupakan satu sistem di mana pihak jabatan menyimpan segala dokumen-dokumen kualiti, dokumen rujukan, borang-borang serta minit-minit mesyuarat secara elektronik bagi menggantikan kaedah konvensional sedia ada.

Selain menjimatkan penggunaan kertas dan ruang penyimpanan dokumen, sistem ini sangat mudah untuk dikemaskini dan boleh dicapai di mana-mana sahaja. Justeru, ia memudahkan kakitangan mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan di JPMD dengan mudah dan pantas.

Seramai lebih kurang 150 orang peserta telah menghadiri taklimat ini yang terdiri daripada pelbagai gred jawatan. Taklimat telah disampaikan oleh En. Wan Ahmad Shukri selaku salah seorang administrator SPD dan wakil IT Jawatankuasa Dokumentasi JPMD. Syabas dan tahniah kepada pihak Jawatankuasa Dokumentasi JPMD atas penganjuran taklimat ini.

Laporan dan gambar: Siti Hawa Abu Amis

1 5 6 7 8 9 10

Search

+