Bengkel : Pengukuhan Pengurusan Kawalan Kualiti Berdasarkan Skop Akreditasi ISO 15189

10 Sep 2015

DSC_0213
Pada tarikh 9 & 10 September 2015, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah mengadakan Bengkel Pengukuhan Pengurusan Kawalan Kualiti Berdasarkan Skop Akreditasi ISO 15189 yang bertempat di Makmal Terabyte tingkat 5 Blok Pendidikan PPUKM. Bengkel yang anjurkan oleh Jawatankuasa Jaminan Kualiti ini adalah bertujuan memberikan kefahaman kepada kakitangan berkenaan pengurusan kawalan kualiti internal (KKI) dan kawalan kualiti eksternal (KKE) di dalam pengujian makmal. Bengkel ini juga turut memberikan pendedahan asas berkenaan aplikasi QC Six Sigma di dalam interpretasi kawalan kualiti internal (KKI)
Bengkel Kawalan Kualiti Bengkel Kawalan Kualiti

Bengkel selama dua hari ini telah disampaikan oleh penceramah dari Hospital Kuala Lumpur iaitu Encik Mohd Jokha Yahya, Ketua Unit Jabatan Kualiti. Bengkel ini dihadiri seramai 44 orang kakitangan dari pelbagai unit-unit perkhidmatan di Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik.

Diharap dengan adanya bengkel ini kakitangan dapat mempertingkatkan lagi pengurusan kualiti bagi mengekalkan prestasi perkhidmatan dan persijilan MS ISO 15189:2014.

Sekian

Laporan dan foto oleh : Abd Hamydy

Bengkel : Pengesanan Bakteria Helicobacter Pylori

10 Sep 2015

Bengkel HP
Pada tarikh 7-8 September 2015, Telah berlangsung satu Bengkel Pengesanan Bakteria Helicobacter pylori yang bertempat di Makmal Gugusan Mikrobiologi, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik. Bengkel yang anjurkan oleh Unit Penyediaan Media ini adalah bertujuan memberikan kefahaman dan kemahiran kepada kakitangan Gugusan Mikrobiologi tentang pengesanan bakteria Helicobacter pylori.
Bengkel HP Bengkel HP
Bengkel selama dua hari ini telah disampaikan oleh Dr Alfizah Hanafiah yang merupakan Ketua Unit Penyediaan Media. Bengkel ini dihadiri seramai 32 orang kakitangan dari unit-unit perkhidmatan Gugusan Mikrobiologi. Buat masa ini perkhidmatan pengesanan Helicobacter pylori ini belum lagi di tawarkan secara terbuka kepada pelanggan PPUKM, ia hanya ditawarkan secara temujanji khas melalui Dr Alfizah Hanafiah.

Sekian

Laporan dan foto oleh : Abd Hamydy

Bengkel : Pemantapan Auditor kepada Standards (versi baru) MS ISO 15189:2014

21 Aug 2015

Bengkel pemantapan Auditor
Pada tarikh 18 & 19 Ogos 2015, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Auditor kepada Standards (versi baru) MS ISO 15189:2014 bertempat di Banggunan Blok Praklikal Pusat Perubatan UKM. Bengkel yang anjurkan oleh Jawatankuasa ISO JPMD ini adalah bertujuan pemantapan Auditor dan pemahaman terkini versi baru MS ISO15189:2014.
Bengkel pemantapan Auditor Bengkel pemantapan Auditor

Diharap dengan adanya bengkel ini kakitangan jabatan yang terlibat sebagai Auditor untuk Juruaudit Dalam dapat bersedia bagi mepertingkatkan lagi pengurusan kualiti untuk menghadapi persijilan akan datang MS ISO 15189:2014 yang akan bermula pada tahun 2016.

Sekian

Laporan dan foto oleh : Abd Hamydy

Lawatan Akademik : Pakar Perubatan dan Kejururawatan dari Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Bangladesh

21 Aug 2015

Lawatan Pakar Bangladesh
Pada Tarikh 20 Ogos 2015 (Khamis) Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik telah menerima kunjungan daripada satu deligasi Pakar Perubatan dan Kejururawatan dari Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Bangladesh seramai 16 Orang. Lawatan ini adalah bagi sesi latihan bagi program “International Traning on Management and Preventation of Lung,  Colon and Prostate Cancer for Universal Health Coverage” yang diadakan di Pusat Perubatan UKM.  Latihan ini berlangsung selama 2 minggu iaitu dari 8 – 24 Ogos 2015.
Lawatan Pakar Bangladesh Lawatan Pakar Bangladesh
Lawatan ini melibatkan 4 buah unit makmal di Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik iaitu  Makmal Unit Patologi Kimia, Makmal Histopatologi, Makmal Unit Sitogenetik dan Makmal Unit Sitopatologi. Lawatan dan penerangan untuk deligasi ini telah diiringi oleh Pegawai Sains Kanan Pn Roszita Ibrahim dan dibantu oleh Pengurus Makmal dan Pegawai Sains Unit yang terlibat.

Pihak jabatan berbesar hati dengan lawatan Deligasi Pakar Perubatan dan Kejururawatan dari Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Bangladesh ini dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini.

Sekian

 

Laporan dan foto oleh : Abd Hamydy

Khidmat Masyarakat : Rumah Amal Raudhatul Jannah

30 May 2015

Rumah Amal Raudhatul Jannah
Pada Tarikh 16 Mei 2015 (Sabtu) Program Khidmat Masyarakat yang bertajuk “Projek Harapan Sebuah Senyuman” ini telah di adakan dengan jayanya di rumah anak-anak yatim “Rumah Amal Raudhatul Jannah” , Olak Lempit, Banting, Selangor. Progam ini adalah aktiviti anjuran kakitangan Gugusan Mikrobiologi JPMD PPUKM.  Projek ini merupakan cetusan idea kakitangan En Anuar Abdul Rahman, Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari dan Cik Nur Zalikha Sazali pada tahun 2014, dan telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan  kakitangan Gugusan Mikrobiologi dengan pengumpulan dana dan sumbangan.
Rumah Amal Raudhatul Jannah Rumah Amal Raudhatul Jannah
Sumbangan utama yang berjaya di sumbangkan adalah berupa 10 buah katil bertingkat dan 20 set tilam (tilam, bantal, cadar, selimut). Sumbangan-sumbangan lain seperti  beg sekolah, alat tulis, kipas angin, buku-buku rujukan dan juga beberapa keperluan  yang lain hasil sumbangan orang perseorangan.
Rumah Amal Raudhatul Jannah Rumah Amal Raudhatul Jannah
Majlis dirasmikan oleh Encik Mohd Danori Bin Sardi dan sumbanggan di sampaikan kepada Tn. Hj. Zawalajam B. Mashod. Selain sumbangan, program yang di ketuai oleh En Raja Mohamad Hafiz Raja Zahari bersama jawatankuasanya turut mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan asrama dan beramah mesra bersama anak-anak yatim dengan membuat aktiviti seperti latihan dalam kumpulan, motivasi, taklimat kesihatan dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.

Program sehari ini ternyata benar-benar memberikan kegembiraan kepada anak-anak dan juga warga Gugusan Mikrobiologi JPMD. Tahniah kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan program khidmat masyarakat ini sama ada secara langsung dan tidak langsung, tidak lupa juga kepada Syarikat BMcare, Syarikat Sedi Jaya dan Kedai Perabut Simpang Ampat kerana turut menyumbang dalam program ini . Sekian  Terima kasih

Laman Web Rumah Amal Raudhatul Jannah : http://rumahamalraudhatuljannah.blogspot.com/
Laporan dan foto oleh : Abd Hamydy

Bengkel : Pengukuhan Pengurusan Perkhidmatan Bagi Skop Mikrobiologi

25 Jan 2015

Bengkel Pengukuhan Pengurusan Perkhidmatan Bagi Skop Mikrobiologi
Pada tarikh 14 & 15 Ogos 2014, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah mengadakan Bengkel Pengukuhan Pengurusan Perkhidmatan Bagi Skop Mikrobiologi. Bengkel 2 hari ini telah diadakan di Pusat Advanced Surgical Skill (ASSC) PPUKM. Bengkel ini anjuran bersama 7 unit perkhidmatan di Gugusan Mikrobiologi, Jabatan Mikrobiologi & Imunologi Perubatan dan Jawatankuasa Latihan JPMD PPUKM.
Bengkel Pengukuhan Pengurusan Perkhidmatan Bagi Skop Mikrobiologi Bengkel Pengukuhan Pengurusan Perkhidmatan Bagi Skop Mikrobiologi
Antara Objektif bengkel ini adalah untuk mengenalpasti pendekatan “ContinuousImprovement Tool di dalam penambahbaikkan peroses kerja di Unit-Unit gugusan Mikrobiologi yang terdiri dari 7 unit iaitu Unit Bakteriologi, Unit Biologi Molekul, Unit Imunologi Serologi/ Selular, Unit Mikologi, Unit Penyediaan Media, Unit Tisu Kultur dan Unit Virologi Serologi.
Bengkel Pengukuhan Pengurusan Perkhidmatan Bagi Skop Mikrobiologi Bengkel Pengukuhan Pengurusan Perkhidmatan Bagi Skop Mikrobiologi
Mengenalpasti faktor dan punca penolakkan ujian disamping mencari kaedah dan cara terbaik dalam penambahbaikkan berterusan bagi menangani masalah ini dan sekaligus dapat mengurangkan kadar penolakkan pengujian di Perkhidmatan Gugusan Mikrobiologi.

Diharap bengkel ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dari masa ke semasa.

Sekian

Disediakan Oleh : Abdul Hamydy
Foto Oleh : Abdul Hamydy

Bengkel : Pemurnian Fail Meja JPMD

25 Jan 2015

Bengkel Pemurnian Fail Meja JPMD
Pada tarikh 5 November 2014, Telah berlangsung satu Bengkel Pemurnian Fail Meja JPMD. Bengkel ini anjurkan oleh Jawatankuasa Teknikal JPMD. Bengkel ini bertujuan memberi penerangan kepada Pegawai-pegawai Teknikal dan Pegawai-pegawai Dokumen JPMD bagi tujuan pengemaskinian Format Fail Meja terkini.

Diharap proses pengemaskinian Fail Meja dengan format baru berjalan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua kakitangan JPMD.

Disediakan Oleh : Abdul Hamydy
Foto Oleh : Mohd Herman Mobin

Q&A : High Quality Method Laboratory

25 Jan 2015

Westgard
Pada tarikh 29 Oktober 2014, Telah berlangsung Q&A Lunch Talk  Seminar yang bertajuk “Using High Quality Methods to distinguish Your Laboratory Advance Your Operations And  Assure Your Patient”  yang bertempat di Auditorium Pusat Perubatan UKM.  Seminar yang di anjurkan oleh Unit Patologi Kimia JPMD dengan kerjasama Syarikat ABBOTT Diagnostics ini sangat bermanfaat kepada kakitangan makmal yang terlibat secara langsung dalam analisis data.
Westgard Westgard
Penceramah khas dibawa oleh pihak ABBOTT Diagnostics adalah Sten Westgard (Director of Client Services & IT Westgard QC Inc) anak kepada Dr. James O. Westgard yang merupakan Pakar QC Antarabangsa (“Westgard Rules”).
Westgard Westgard
Dalam seminar selama 2 jam ini, kakitangan telah dapat berbincang dan memahami tentang penggunaan Westgard Rule dan kaedah Metric Sigma.  Penggunaan Lean, Six Sigma dan Westgard Rule secara bersama merupakan kaedah terbaru dan agak terkini dalam analisis QC ujian-ujian makmal.  Kemampuan sesuatu analisis QC mencapai tahap Six Sigma merupakan suatu pencapaian yang terbaik dalam Pengurusan QC sesuatu analisis ujian. Six Sigma boleh ditakrifkan sebagai pendekatan pengurusan yang bertujuan untuk memaksimumkan kepuasan dengan sistematik untuk mengurangkan variasi dan dengan itu menghapuskan kecacatan dalam penawaran produk dan perkhidmatan.

Diharap dengan penggunaan kaedah ini Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan Pusat Perubatan UKM di masa hadapan.

Sekian Laporan

Laporan Oleh : Abd Hamydy Abd Hamid
Foto Oleh : Mohd Iszuan Ramli

Bengkel : Pemahaman Versi Baru MS ISO 15189:2014

25 Jan 2015

ISO 15189 2014
Pada tarikh 24 Oktober 2014, Telah berlangsung satu Bengkel Pemahaman Versi Baru MS ISO15189:2014 yang bertempat di Banggunan Blok Praklikal Pusat Perubatan UKM. Bengkel yang anjurkan oleh Jawatankuasa ISO JPMD  ini adalah bertujuan memberi penerangan dan pemahaman terkini kepada kakitangan jabatan berkaitan versi baru MS ISO15189:2014.

Diharap dengan adanya bengkel ini kakitangan Jabatan dapat bersedia dan mepertahankan persijilan MS ISO15189 yang telah di perolehi sebelum ini.

Laporan  Oleh : Abdul Hamydy
Foto Oleh : Mohd Herman Mobin

Bengkel : Pengurusan Risiko

25 Jan 2015

Bengkel Pengurusan Risiko
Pada tarikh 19-20 November 2014, Telah berlangsung satu Bengkel Pengurusan Risiko JPMD yang bertempat di Advance Surgical Skill Centre (ASSC) Pusat Perubatan UKM. Bengkel yang di anjurkan oleh Jabatan ini bertujuan memberi penerangan dan meningkatkan kesedaran terhadap Keselamatan Kesihatan Pekerjaan di kalangan kakitangan makmal.

Bengkel ini turut mengetengahkan isu-isu berkaitan hazad dan pencegahan kemalangan bahan kimia, Pengurusan simpanan bahan kimia, Pengurusan sisa untuk mengurangkan kemalangan dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan. Bengkel ini juga dapat memberikan pemahaman dan membantu kakitangan Jabatan untuk mengimplementasikan dengan lebih baik dan efektif Pengurusan Kesihatan Pekerjaan dan juga Pengurusan Risiko.

Bengkel Pengurusan Risiko Bengkel Pengurusan Risiko

Penceramah jemputan untuk bengkel ini adalah Dr Raja Elina Raja Aziddin (Senior Biochemist & Head Unit of Drug Laboratory , Dept Pathology HKL) dan Pn Chee Bee Chin (Coordinator & speaker of Occupational Safety and Health, Head Unit of Biochemical Genetics, Dept Genetics HKL).

Diharap bengkel ini dapat memberikan kefahaman yang tinggi dan jelas kepada kakitangan dan dapat membuat Pengurusan Risiko yang lebih baik dan efektif selaras dengan akreditasi MS ISO 15189:2014.

Sekian Laporan

Laporan Oleh : Abd Hamydy Abd Hamid
Foto Oleh : Abd Hamydy Abd Hamid

1 7 8 9 10

Search

+