LAWATAN PELAJAR INTERNATIONAL UNIVERSITY OF HEALTH AND WELFARE, JEPUN

14 Sep 2026

10 September 2026 – Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), UKM telah menerima kunjungan seramai 34 pelajar dan 2 pensyarah dari International University of Health and Welfare (IUHW), Jepun menerusi MSU Edu-Tourism Program: Health Science Study Tour.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai perkhidmatan kesihatan hospital, khususnya peranan, fungsi dan proses kerja makmal diagnostik di JPMD. Para pelajar terdiri daripada pelbagai bidang sains kesihatan termasuk Farmasi, Terapi Pertuturan, Radioterapi, Terapi Cara Kerja, Teknologi Perubatan, Fisioterapi dan Orthoptics.

Program dimulakan dengan sesi alu-aluan dan pengenalan JPMD oleh Dr. Umi Kalsom, Timbalan Ketua Jabatan JPMD, sebelum para peserta melawat Makmal Hematologi dan Makmal Mikrobiologi. Di Makmal Hematologi, penerangan berkaitan perkhidmatan makmal disampaikan oleh Cik Najiah Kamaludin, Pegawai Sains Hematologi.

Lawatan kemudiannya diteruskan ke Makmal Mikrobiologi dengan penerangan oleh Dr. Faiz Ali, memberikan penerangan berkaitan peranan mikrobiologi dalam perkhidmatan makmal hospital serta aktiviti yang dijalankan bagi menyokong diagnosis dan pengurusan pesakit.

Turut menjayakan lawatan ini adalah En. Danori Sardi, En. Ahmad Firdaus, Pn Nor Afnizan, Pn Nurul Azwana, Pn Darna, Pn. Nor Zarina, dan Cik. Norsyazana.

Majlis telah dikendalikan oleh En. Abdul Hamydy Pegawai Sains Mikrobiologi, selaku pengacara majlis. Lawatan ini diharapkan dapat memberikan pengalaman bermakna serta, memberi peluang kepada para pelajar dari Jepun untuk mendapatkan gambaran secara langsung mengenai peranan makmal diagnostik dalam sistem penjagaan kesihatan serta memahami kepentingan perkhidmatan makmal dalam menyokong proses klinikal di hospital Malaysia.

JPMD HCTM merakamkan penghargaan kepada pihak Management and Science University (MSU) dan International University of Health and Welfare, Japan atas kunjungan serta kerjasama yang diberikan. Diharapkan program seperti ini dapat terus menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan pendedahan antarabangsa dalam bidang sains kesihatan.

LAWATAN PENANDA ARAS HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

19 Aug 2026

Pada 19 Ogos 2025 (Selasa), Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) menerima kunjungan daripada wakil Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) seramai 10 orang yang diketuai oleh Dr Hasni binti Mahayidin bagi mengadakan lawatan sambil belajar ke Makmal Imunologi dan Makmal Sitogenetik. Delegasi telah disambut oleh Dr Munirah Md Mansor, Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) dan Prof. Madya Dr Asrul Abd Wahab, Ketua Unit Imunologi, JPMD

Program lawatan dimulakan dengan sesi pengenalan Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) yang telah disampaikan oleh Dr. Munirah Md Mansor, Sesi ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai peranan, fungsi serta perkhidmatan yang dilaksanakan oleh JPMD dalam menyokong perkhidmatan diagnostik dan penjagaan kesihatan.

Lawatan penanda aras ini bertujuan memberi peluang kepada delegasi HSAAS untuk melihat secara langsung proses kerja dan pengurusan operasi makmal di JPMD HCTM, di samping mendapatkan pendedahan berkaitan kaedah serta teknologi pengujian terkini yang dilaksanakan di Unit Imunologi dan Unit Sitogenetik.

Selain itu, lawatan ini turut memberi penekanan kepada aspek keselamatan makmal, kawalan kualiti, pengurusan peralatan serta amalan kerja yang sistematik bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan keputusan ujian makmal.

Seramai 10 orang wakil HSAAS telah menyertai lawatan ini seperti berikut:

Makmal Imunologi

  1. Dr. Hasni binti Mahayidin – Doktor Pakar
  2. Pn. Safarina binti Mohamad Ismuddin – Pegawai Sains
  3. Pn. Norbaszalina binti Md Isa – Pegawai Sains
  4. Cik. Nurul Afiqah binti Oon – Penolong Pegawai Sains
  5. Pn. Mirlia Suzila binti Che Mamat – Juruteknologi Makmal Perubatan
  6. Pn. Mariana Mega Sari binti Zulkifli – Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Cik. Sofiah Hanis binti Razak – Juruteknologi Makmal Perubatan

Sesi lawatan ke Makmal Imunologi telah dibawa dan dikendalikan oleh En. Mohd Tarmidzi Mohd Mokhtar & En Mohd Danori Sardi yang memberikan penerangan berkaitan pengoperasian, aliran kerja serta pelaksanaan perkhidmatan di makmal berkenaan.

Makmal Sitogenetik

  1. Dr. Suhaili binti Abu Bakar – Doktor Pakar
  2. En. Tengku Shahrul bin Tengku Md Yusoff – Pegawai Sains
  3. En. Friddy bin Haramada – Juruteknologi Makmal Perubatan

Seterusnya, sesi lawatan ke Makmal Sitogenetik telah dibawa dan dikendalikan oleh Pn. Nor Zarina Zainuddin & Dr Chia Wai Kit, dengan perkongsian berkaitan fasiliti, proses kerja dan pelaksanaan perkhidmatan sitogenetik.

Wakil JPMD yang Hadir

Turut hadir bersama dalam menjayakan program lawatan ini ialah wakil-wakil daripada JPMD, antaranya:

  • Abdul Hamydy Abdul Hamid
  • Nur Sofia binti Muchlas
  • Ahmad Firdaus Mohd Salleh
  • Mohd Anas bin Ismail
  • Nurzaitul Husna binti Ahmad Zaain
  • Halijah binti Mohamad

Kehadiran wakil-wakil JPMD turut membantu memastikan kelancaran perjalanan program, termasuk sesi perkongsian dan perbincangan bersama delegasi HSAAS.

Lawatan ini menjadi platform yang bermakna untuk pertukaran ilmu, pengalaman dan pandangan antara kedua-dua pihak, khususnya berkaitan amalan terbaik dalam pengendalian Makmal Imunologi dan Makmal Sitogenetik. Perbincangan turut merangkumi aspek pengurusan fasiliti, aliran kerja, prosedur serta pelaksanaan perkhidmatan makmal.

Secara keseluruhannya, lawatan penanda aras ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kerjasama dan hubungan profesional antara JPMD, HCTM UKM dan HSAAS, UPM. Program ini juga diharap dapat menyumbang kepada usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti, keselamatan dan kecekapan perkhidmatan makmal demi manfaat pesakit serta organisasi.

“Perkongsian ilmu dan pengalaman merupakan pemangkin kepada kecemerlangan makmal dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.”

KUMPULAN KIK PERMADI 4.0 MENYEMAI INOVASI, MEMBINA KECEMERLANGAN

17 Aug 2026

Kumpulan KIK PERMADI 4.0 merupakan kumpulan inovatif yang komited dalam melaksanakan penambahbaikan terhadap proses kerja bagi meningkatkan kecekapan, sistematik dan kualiti penyampaian perkhidmatan.

Kumpulan ini dibimbing oleh Azuriah Binti Aziz selaku Fasilitator dan diketuai oleh Wirda Indah Binti Farouk sebagai Ketua Kumpulan. Kumpulan ini turut dianggotai oleh Nur Amalina Binti Abas, Noor Aina Binti Yusoff, Muaatamarulain Mustangin, Mohd Shafbari Mohamad Esa, Mohd Izwan Bin Mohd Shamsudin, Muhammad Khidhir Ismail dan Norazlinda Binti Zakaria.

Inovasi dan Penambahbaikan Proses Kerja

Kumpulan KIK PERMADI 4.0 telah melaksanakan projek penambahbaikan berkaitan pengurusan pinjaman slaid HPE.

Projek ini memberi fokus kepada penambahbaikan proses peminjaman dan pemulangan slaid HPE yang sebelum ini memerlukan pengurusan secara manual. Melalui inovasi yang diperkenalkan, proses tersebut telah diperkemas dengan penggunaan sistem bagi merekod, mengurus dan memantau transaksi peminjaman serta pemulangan slaid.

Pendekatan ini membantu menjadikan proses pengurusan lebih sistematik, teratur dan mudah dijejaki, di samping mengurangkan risiko kehilangan rekod serta memudahkan pemantauan status slaid yang dipinjam.

Inisiatif ini mencerminkan usaha Kumpulan KIK PERMADI 4.0 dalam membudayakan inovasi dan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan kecekapan proses kerja di tempat kerja.

Pencapaian Kumpulan

Hasil komitmen dan kerjasama yang diberikan, Kumpulan KIK PERMADI 4.0 telah berjaya memperoleh pencapaian yang membanggakan di peringkat HCTM:

🥉 Tempat Ke-3
Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) HCTM 2025

Pencapaian ini merupakan bukti kesungguhan Kumpulan KIK PERMADI 4.0 dalam menghasilkan inovasi yang praktikal serta memberi nilai tambah kepada proses kerja dan penyampaian perkhidmatan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan KIK PERMADI 4.0 atas pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan budaya inovasi dan penambahbaikan berterusan dalam kalangan warga jabatan.

Kumpulan KIK PERMADI 4.0

Fasilitator: Azuriah Binti Aziz
Ketua Kumpulan: Wirda Indah Binti Farouk

Ahli Kumpulan:

  1. Nur Amalina Binti Abas
  2. Noor Aina Binti Yusoff
  3. Muaatamarulain Mustangin
  4. Mohd Shafbari Mohamad Esa
  5. Mohd Izwan Bin Mohd Shamsudin
  6. Muhammad Khidhir Ismail
  7. Norazlinda Binti Zakaria

KUMPULAN KIK PERMADI 5.0 TERUS CEMERLANG DALAM INOVASI DAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI

17 Aug 2026

Kumpulan KIK PERMADI 5.0 merupakan kumpulan inovatif yang komited dalam menghasilkan penambahbaikan berterusan terhadap proses kerja, khususnya dalam aspek keselamatan dan kecekapan pengendalian spesimen di persekitaran perkhidmatan makmal.

Kumpulan ini dibimbing oleh Abdul Hamydy Bin Abdul Hamid selaku Fasilitator dan diketuai oleh Ahmad Firdaus Bin Mohd Salleh sebagai Ketua Kumpulan. Kumpulan ini turut dianggotai oleh Hartini Binti Satim, Nurul Afifah Binti Kamarudin, Nur Azira Raihan Binti Rosdi, Safa Bin Mohd Salleh, Khairol Iszuan Bin Abd Kadir dan Aizuddin Bin Ramli.

Projek Inovasi: Penghantaran Spesimen Berisiko Tinggi

Kumpulan KIK PERMADI 5.0 telah menghasilkan projek bertajuk “Penghantaran Spesimen Berisiko Tinggi yang Membahayakan Petugas Kesihatan”.

Projek ini memberi fokus kepada penambahbaikan proses penghantaran spesimen berisiko tinggi bagi mengurangkan risiko pendedahan dan potensi bahaya kepada petugas kesihatan yang terlibat dalam proses pengendalian serta penghantaran spesimen.

Melalui projek ini, kumpulan telah memperkenalkan kaedah pembungkusan tiga lapisan (triple packaging) bagi meningkatkan aspek keselamatan semasa penghantaran spesimen. Selain itu, kumpulan turut memperkenalkan kaedah penjejakan secara sistematik menggunakan sistem, bagi membolehkan proses penghantaran dipantau dan dijejaki dengan lebih teratur.

Inovasi yang diperkenalkan bukan sahaja memberi penekanan kepada keselamatan petugas, malah membantu meningkatkan kawalan proses, kebolehkesanan (traceability) dan kecekapan pengurusan spesimen.

Pencapaian Kumpulan

Komitmen dan usaha Kumpulan KIK PERMADI 5.0 telah membuahkan hasil apabila kumpulan berjaya meraih beberapa pencapaian membanggakan di peringkat HCTM dan UKM, iaitu:

🥈 Tempat Ke-2
Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) HCTM 2025

🥈 Tempat Ke-2 Poster Terbaik
Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UKM 2025

🏅 Saguhati
Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UKM 2025

Pencapaian ini membuktikan komitmen Kumpulan KIK PERMADI 5.0 dalam membudayakan inovasi dan penambahbaikan berterusan di tempat kerja. Ia juga mencerminkan semangat kerja berpasukan dalam menghasilkan penyelesaian yang praktikal, selamat dan memberi nilai tambah kepada perkhidmatan kesihatan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan KIK PERMADI 5.0 atas pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dan kecemerlangan pada masa akan datang.

Kumpulan KIK PERMADI 5.0

Fasilitator: Abdul Hamydy Bin Abdul Hamid
Ketua Kumpulan: Ahmad Firdaus Bin Mohd Salleh

Ahli Kumpulan:

  1. Hartini Binti Satim
  2. Nurul Afifah Binti Kamarudin
  3. Nur Azira Raihan Binti Rosdi
  4. Safa Bin Mohd Salleh
  5. Khairol Iszuan Bin Abd Kadir
  6. Aizuddin Bin Ramli

Bengkel Semakan, Pengemaskinian Dan Pemurnian Daftar Risiko Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) 2026

14 Aug 2026

Pada 12 Ogos 2026, Jawatankuasa Pengurusan Risiko JPMD telah telah mengadakan Bengkel Ke 2 Semakan, Pengemaskinian Dan Pemurnian Daftar Risiko Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) 2026.

Bengkel dipenerusikan oleh En Hairol Azman Bin Mohamad Yusop Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko JPMD. Ceramah disampaikan oleh En Steward Anak Lindong

Bengkel dipenerusikan oleh En Hairol Azman Bin Mohamad Yusop Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko JPMD. Ceramah disampaikan oleh En Steward Anak Lindong.

Diharap bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran dan memantapkan Daftar Risiko jabatan dengan lebih baik.

Sekian

 

Bengkel Teknik Asas Makmal Mikologi (Peringkat Kebangsaan)

27 Jul 2026

Pada 22 Julai 2026 (Rabu), Jabatan Mikrobiologi & Imunologi Perubatan Fakulti Perubatan UKM  dan Unit Mikologi Gugusan Mikrobiologi JPMD telah berkolaberasi mengadakan Bengkel Bengkel Teknik Asas Makmal Mikologi (Peringkat Kebangsaan). Dihadiri 30 peserta dari Institusi Kerajaan dan Swasta antaranya UMMC, UniKL, UMK, UPM, Jabatan Kimia, UniZa, Institut Latihan KKM, IMU, Premier Intergrated Lab, KKM, UKM.

Penceramah bengkel dicampaikan oleh Prof Madya Dr. Tzar Mohd NizamKhaithir dan  Prof Madya Dr. Ding Chuan Hun. Kakitangan Unit Mikologi yang terlibat adalah Pn Hartini Satim, Pn Marianayati Muhammad dan En Ahmad Firdaus Mohd Salleh. Kakitangan Fakulti terdiri dari Pn Hamidah Yusof, Cik Norshhada Ishak dan Pn Suhana Harun.

Diharap bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran dan memantapkan perkhidmtan jabatan para peserta dengan lebih baik.

Sekian

BENGKEL PENGUJIAN FESES OVA & CYST DAN DARAH FILARIA BIL. 1/ 2026

19 May 2026

Pada 18-19 May 2026, Gugusan Mikrobiologi JPMD telah telah mengadakan Bengkel BENGKEL PENGUJIAN FESES OVA & CYST DAN DARAH FILARIA BIL. 1/ 2026 Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) 2026.
 
Bengkel dipenerusikan oleh Dr Faiz Bin Mohd Ali. Ceramah disampaikan oleh Dr Karshini A/P Jeya Pirathaba dan dibantu oleh En Mohd Redzuan Bin Ahmad Naziri dan Pn Sharifah Nor Akmar Binti Syed Mohd daripada Jabatan Parasitologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

Diharap bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran dan memantapkan perkhidmtan jabatan dengan lebih baik.

Sekian

 

 

Bengkel Semakan, Pengemaskinian Dan Pemurnian Daftar Risiko Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) 2026

21 Jan 2026

Pada 21 Januari 2026, Jawatankuasa Pengurusan Risiko JPMD telah telah mengadakan Bengkel Semakan, Pengemaskinian Dan Pemurnian Daftar Risiko Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) 2026.

Bengkel dipenerusikan oleh En Hairol Azman Bin Mohamad Yusop Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko JPMD. Ceramah disampaikan oleh En Steward Anak Lindong

Bengkel dipenerusikan oleh En Hairol Azman Bin Mohamad Yusop Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko JPMD. Ceramah disampaikan oleh En Steward Anak Lindong.

Diharap bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran dan memantapkan Daftar Risiko jabatan dengan lebih baik.

Sekian

Program Latihan Phlebotomi Unit Kejururawatan UKMSC

12 Dec 2025

Pada 6 Disember 2025, Bahagian Pengambilan Darah telah mengadakan program latihan phlebotomi untuk jururawat UKMSC bagi mendapatkan sijil kompetensi phlebotomi. Program ini telah berlangsung di bilik mesyuarat sutera, wad sutera UKMSC. Seramai 17 orang yg terdiri daripada ketua jururawat dan jururawat terlatih telah menghadiri program ni.


Seramai 7 orang staf BPD yang diketuai oleh Dr Munirah Md Mansor (Ketua JPMD), En Hairol Azman (Penyelaras BPD), Pn Sharipah Salwa (Admin) serta Pn Rozihani, Pn Nastora, En Azri & En Mohd Izwan sebagai jurulatih telah menjayakan program ini.

Laporan & Foto oleh : En Mohd Izwan

PROGRAM SENTUHAN KASIH JALANAN 

5 Nov 2025
PROGRAM SENTUHAN KASIH JALANAN
Pada 26 September 2025, Dr. Munirah Md. Mansor, Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik telah bersetuju dengan kertas kerja Cadangan ‘Program Sentuhan Kasih Jalanan’ untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hospital (MJPH) untuk mendapatkan kelulusan melaksanakan program, kelulusan untuk e-khidmat bagi jawatakuasa, sukarelawan dan penyumbang yang terlibat dalam perlaksanaan program.
Program anjuran Bahagian Pengambilan Darah  ini dilaksanakan bertujuan untuk menyantuni golongan asnaf jalanan dan gelandangan dengan menyediakan agihan makanan percuma kepada mereka yang memerlukan, khususnya di sekitar kawasan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur dengan kerjasama Pertubuhan Jejak Jalanan (PJJ).
Pada 10 Oktober 2025 program telah bermula dengan aktiviti membungkus nasi ayam goreng kunyit yang ditempah  daripada katering pada jam 12 tengahari di Bahagian Pengambilan Darah.  Kami telah bergerak ke lokasi iaitu di hadapan Restoran Sup Kawah Hitam, Lorong Haji Taib 1, Chow Kit, Kuala Lumpur pada jam 6 petang.
Sekitar jam 8:00 malam, Pertubuhan Jejak Jalanan telah mengumpulkan kumpulan asnaf jalanan dan gelandangan di lokasi untuk aktiviti pengagihan makanan.  Program telah berjalan dengan lancar di mana sebanyak 250 paket makanan telah diagihkan kepada golongan sasar.  Agihan makanan telah dilaksanakan oleh kakitangan Bahagian Pengambilan Darah dan 4 orang sukarelawan dari Unit Patologi Kimia, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik.
Jutaan terima kasih  diucapkan kepada penaung program, Dr. Munirah Md. Mansor, Encik Hairol Azman Mohamad Yusop, Penasihat program, 4 orang sukarelawan dari Unit Patologi Kimia dan seluruh ahli jawatankuasa program yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.  Tidak lupa jutaan terima kasih juga  kepada Pengurusan Tertinggi HCTM yang telah meluluskan dan menyokong program anjuran Bahagian Pengambilan Darah ini.
1 2 3 10

Search

+