PROGRAM SENTUHAN KASIH JALANAN








14 -15 May 2025 (Rabu) Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik menganjurkan Bengkel Intensif Pengenalpastian Parasit Malaria. Bengkel ini dijalankan di Makmal Pelbagai Guna Bangunan Praklinikal Fakulti Perubatan UKM. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan keyakinan dalam diagnosis Parasit Malaria kepada kakitangan Gugusan Mikrobiologi. Bengkel selama 2 harini ini disampai kan oleh Pn Nuraffini Ghazali (WHO Certified Malaria Microscopist Level 1) dari Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan UKM.

Diharap bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan dalam diagnosis Parasit Malaria kepada kakitangan Gugusan Mikrobiologi JPMD.
Sekian.
28 April 2025 (Isnin) Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik telah menerima AUDIT PENILAIAN SEMULA (RE-ASSESSMENT) MERANGKAP TRANSISI MS ISO 15189:2022 yang dijalankan selama tiga hari bermula 28 April – 30 April 2023.
Audit Penilaian Semula (Re-Assessment) Merangkap Transisi MS ISO 15189:2022 merujuk kepada proses audit yang dijalankan untuk menilai semula sistem pengurusan kualiti yang ada di makmal perubatan dan memastikan ia mematuhi piawaian terkini dalam MS ISO 15189:2022. Proses ini juga merangkumi transisi atau peralihan daripada standard lama ke standard terbaru, memastikan makmal beroperasi mengikut keperluan dan standard antarabangsa yang telah dikemas kini, bagi menjamin ketepatan, keandalan, dan keselamatan dalam keputusan ujian yang dihasilkan.

Majlis pembukaan audit telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital iaitu YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin. Kumpulan audit dari Jabatan Standard Malaysia diketuai oleh Dr. Rohani Md Yassin dan juruaudit yang lain seperti Assoc. Prof. Dr. Thuhairah Hasrah Abdul Rahman (UiTM), Cik. Noor Hidayat Binti Hussain (HSIS), Dato’ Dr. Azizon Othman, Halimatun Radziah binti Othman (UiTM), En. Sin Kaa soon, Dr. Siti Farah Alwani Bt Mohd Nawi (UiTM), Dr. Chiew Seow Fan (UM), Dr. Chew Man Fong (Regency Specialist Hospital), Mr. Mohammad Zarizi Bin Abd Ghani (UMMC), Dr. Sasi Devi A/P Saminathan (HTA) dan wakil Jabatan Standard Malaysia iaitu Mrs. Sharifah Azlinda Syed Abu Bakar dan Mrs. Rohasmizah Ismail.
Diharap Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik dapat menjalani Audit Penilaian Semula dengan lancar.
Foto by MOHD IZWAN BIN MOHD SHAMSUDIN
19 Januari 2025 (Ahad), Kakitangan JPMD telah menyertai Aktiviti Riadah Santai Trekking Bukit Gasing PJ. Aktiviti ini dianjurkan oleh Kelab Rekreasi HCTM. Seramai 8 orang kakitangan JPMD yang telah meyertai aktiviti ini antaranya ialah Mohd Herman, Mohd Tarmidzi, Nor Afnizan, Norsheila, Abdul Hamydy, Muhamad Firdaus, Nur Amalina dan Muhammad Azam. Selain kakitangan JPMD aktiviti ini turut disertai oleh kakitangan dari jabatan lain antaranya Fakulti Perubatan, CRC, UKA, JPPP, PTM.

Diharap kakitangan JPMD dapat turut serta dalam aktiviti Riadah akan datang bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan seterusnya meningkatkan produktiviti perkhidmatan.
Sekian
16 Januari 2025 (Khamis) Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik akan mengadakan Bengkel Business Continuity Plan (BCP). Bengkel ini dijalankan di Bilik Seminar, Tingkat 4 Advance Surgical Skills Centre (ASSC). Antara objektif bengkel adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan seterusnya diaplikasikan dalam perkhidmatan jabatan sebagaimana keperluan Standard ISO 15189:2022 klausa 7.8 Continuity and emergency preparedness planning.


Penceramah jemputan adalah En Abdul Karim Bin Mustafa dari Jabatan Kecemasan. Turut hadir dalam bengkel ini adalah Ketua Jabatan dan Timbalan iaitu Dr Munirah Md Mansor dan Dr Umi Kalsom@Satariah Ali. Diharap bengkel ini dapat meningkatkan pengetahuan dan JPMD dapat menyiapkan BCP yang telah dirancangkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Sekian.
07 Januari 2025 (Selasa), JPMD menerima kunjungan Lawatan daripada KPJ Lablink Healhtcare Bhd ke Makmal Patologi kimia JPMD. Lawatan diketuai oleh KPJ Lablink Medical Director Dr Mohd Nazri Aziz. Pelawat disambut oleh Dr. Izzatul ‘Alia Bt Baharuddin selaku wakil JPMD dan Ketua Unit Patologi Kimia. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sistem automasi dan analytical analyzer di makmal Patologi kima, berkongsi pandangan serta bertukar pendapat tentang proses-proses di makmal untuk penambahbaikan.


Diharap lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan penambahbaikan berterusan.
12 Disember 2024 (Khamis), Pejabat Pengarah telah mengadakan Lawatan Ramah Mesra bersama JPMD. Lawatan ini adalah bertujuan untuk beramah mesra dan mengeratkan hubungan silaturahim bersama warga JPMD.

19 Disember 2024 (Khamis), Jawatankuasa 5S JPMD HCTM telah menganjurkan majlis penyampaian Sijil Pencapaian Terbaik Audit Dalam 5S 2024. Sebanyak 15 zon telah diaudit oleh Jawatankuasa Audit Dalam. Hasil Audit adalah seperti berikut:
Tempat 1: zon Red Alert
Tempat 2: zon HPE
Tempat 3: zon An Nahlah

Majlis penyampaian Sijil Pencapaian Terbaik disampaikan oleh Ketua Jabatan iaitu Dr Munirah Md Mansor. Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih dan amat menghargai komitmen dan kerjasama kakitangan dalam menjayakan Program 5S ini.
Sekian Terima Kasih
22 November 2024 (Jumaat), Tahniah diucapkan kepada Dr. Zainina Binti Zainal Abidin, Dr. Munirah Binti Abdul Aziz dan Dr. Mohd Syazwan Bin Mohd Saaid dari KKM, kerana telah berjaya menamatkan pengajian sub kepakaran Master of Pathology (MPATH) (MEDICAL MICROBIOLOGY) (Sesi 2020/2021). Warga Gugusan Mikrobiologi mengucapkan jutaan tahniah dan selamat maju jaya di penempatan baru yang bakal di tempatkan.

Diharap Dr. Zainina , Dr. Munirah dan Dr. Mohd Syazwan dapat menyumbangkan kepakaran dan bakti dipenempatan baharu dengan penuh dedikasi dan bertambah maju di masa hadapan.

