Lawatan Penandaarasan : Unit Imunologi Klinikal & Makmal Penyelidikan Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK UKM)

8 Oct 2024
12 Sept 2024 (Khamis)
Lawatan penandaarasan seramai empat orang dari Unit Imunologi Klinikal & Makmal Penyelidikan Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK UKM). Pegawai yang hadir terdiri daripada Dr. Chin Soey dan Jururawat Ms. Chhorn Chanden dari Cambodia, Pegawai Penyelidik En Nik Ariffudin dan En Rocky Vester Richmond. Lawatan penanda aras ini lebih fokus kepada Dr. Chin Soey dan Jururawat Ms. Chhorn Chanden dari University of Health Science Cambodia yang menjalani latihan sangkutan di HPKK, Beliau ingin melihat dan mempelajari perjalanan Gugusan Mikrobiologi di HCTM.
 
Lawatan bermula jam 9.00am dan berakhir jam 12.00th. Diharap lawatan penanda aras ini dapat memberi input dan info tambahan kepada Dr. Chin Soey dan Jururawat Ms. Chhorn Chanden untuk dijadikan rujukan di tempat beliau.
 
Diharap Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik akan terus dikenali dan terus mengharumkan nama HCTM UKM.Sekian Laporan
Laporan oleh : Abdul Hamydy

Lawatan Penandaarasan : Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan

14 May 2024

14 Mei 2024 (Selasa)

Lawatan penandaarasan seramai empat (2) orang pegawai yang diketuai En Mohd Nadzri Abu Yazid, Pegawai Sains C52 dan En Muhammad Nashrul Farhan bin Samsudin Pegawai Sains C41 dari Makmal Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan ke Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) HCTM  pada hari ini.

Turut menyambut kehadiran pelawat adalah Dr. Umi Kalsom @ Satariah Ali, Timbalan Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai sains kanan dan wakil Gugusan Mikrobiologi JPMD.

Lawatan penandaarasan ini memfokuskan kepada organisasi pengurusan makmal diagnostik HCTM, Kaedah pengujian terkini dan maklumbalas terhadap perkhidmatan sampel yang dihantar daripada HUSM ke HCTM.

Selain lawatan penandaarasan ke Gugusan Mikrobiologi pelawat turut melawat Unit Pengambilan Darah JPMD. Hasil lawatan singkat ini pihak JPMD dan HUSM dapat bertukar-tukar pandangan bagi neingkatkan perkhidmatan yang di tawarkan.

 

 

 

Majlis Penghargaan Kakitangan JPMD 2024

10 May 2024

8 Mei 2024 (Rabu)

Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik HCTM UKM telah menganjurkan Majlis Penghargaan Kakitangan JPMD 2024. Majlis yang bertempat di lokasi Ruang Galeri Blok Pendidikan. Penghargaan disampaikan oleh Dr. Munirah Md Mansor selaku Ketua Jabatan. Kakitangan yang diraikan adalah kakitangan yang Bersara antaranya adalah Encik Sumali bin Ratmin, Puan Jamaliah binti Hassan, Cik Zuraida binti Hassan @ Adnan, Puan Siti Eluni binti Sumari, Puan Rusfidahanim binti Harun.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Mantan Ketua Jabatan JPMD iaitu Prof. Madya Dr. Hanita Othman dan Datin Dr Anita Sulong. Turut hadir Pengarah HCTM UKM iaitu Prof. Dato’ Dr Razman Jarmin.

Jabatan mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada semua kakitangan yang terlibat bagi menjayakan majlis ini.

Sekian Terima Kasih

Lawatan Penandaarasan Unit Pengujian Perubatan, Bahagian Akreditasi, Jabatan Standards Malaysia (JSM) Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri Ke Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM.

11 Mar 2024

 7 Mac 2024 (Khamis)

Lawatan penandaarasan seramai empat (4) orang pegawai yang diketuai puan Fariza Abdullah, Ketua Penlong Pengarah Kanan, Unit Pengujian Perubatan, Bahagian Akreditasi, Jabatan Standards Malaysia (JSM), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri  ke Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) HCTM  pada hari ini.

Turut menyambut kehadiran pelawat adalah Dr. Munirah Md Mansor, Ketua Jabatan, Prof Madya Dr. Suria Hayati Md Pauzi, Ketua Unit Sitopatologi  dan Dr. Azyani Yahya mewakili Ketua Unit Hostopatologi serta kakitangan JPMD.

Objektif lawatan bertujuan meningkatkan pembangunan kapasiti pegawai JSM dalam  bidang histopatologi dan sitopatologi sebagai pemudahcara proses penilaian akreditasi ISO 15189.

Pelawat turut dibawa melawat ke makmal histopatologi dan sitopatologi selepas sesi perbincangan bagi melihat lebih dekat perkhidmatan yang dijalankan di JPMD HCTM.

 

Lawatan : Akademik Jabatan Sains Perubatan, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI)

27 Feb 2024

Pada 20 Februari 2024, Akademik Jabatan Sains Perubatan, Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI) telah membuat lawatan sambil belajar ke Makmal Gugusan Mikrobiologi JPMD. Lawatan dimulakan dengan Pembentangan Jabatan oleh Ketua Jabatan Dr Munirah Md Mansor. Lawatan ini adalah sebahagian dari keperluan kursus bagi pelajar Program Sarjana Muda Sains Bioperubatan yang ditawarkan oleh MAIWP (UCMI).

 

CME : Autoimune and Technology Update

27 Feb 2024

Isnin, 27 Februari 2024, Unit Imunologi Serologi Gugusan Mikrobiologi JPMD telah menganjurkan satu CME yang bertajuk Autoimune and Technology Update. Taklimat disampaikan wakil Syarikat WERFEN. CME ini berkaitan teknologi dan pengujian penyakit berkaitan Autoimune.

 

Majlis Pelancaran Abbot Lab Automation System

5 Jan 2024

Pada 7 Disember 2023 Majlis Pelancaran Abbot Lab Automation System telah diadakan bertempat di Auditorium HCTM. Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) mewakili Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Prof Madya Dr Hanita Othman telah melancarkan Abbot Lab Automation System.

Sistem automasi ini adalah merangkumi sistem trek GLP dan analyzer Alinity ci.Sistem trek GLP merupakan gabungan daripada beberapa buah modul berteknologi tinggi yang menawarkan pelbagai pilihan konfigurasi bagi memenuhi keperluan jumlah ujian yang tinggi di makmal. Ia membolehkan pihak makmal mengubahsuai susun atur trek mengikut kesesuaian ruangan makmal sedia ada. Manakala analyzer Alinity ci merupakan sistem bersepadu diantara modul biokimia dan modul immunoassai. Terdapat 3 buah modul Alinity c dan 2 buah modul Alinity i telah ditempatkan di makmal ini dan digabungkan dengan sistem maklumat berintegrasi dan berinformatik, iaitu sistem AlinIQ.

Penyelesaian ini sangat membantu pihak makmal untuk mengekalkan prestasi, meningkatkan kualiti, dan kecekapan mereka bagi menyokong aspirasi hospital untuk memberikan khidmat pesakit yang efisien.

Turut hadir, En Ricardo E Perico, Pengarah Urusan Abbott Laboratories Rantau Asia Timur; Dr Anurag Bhargava, Pengarah Pemasaran Rantau Asia Pasifik; Datin Dr Anita Sulong, Timbalan Pengarah (Diagnostik, Farmasi & Sokongan Klinikal) Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani HPKK dan Dr. Chin Siok Fong, Timbalan Pengarah Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI).

Laporan & Gambar : Ida Mastura

Taklimat Perkhidmatan Pengujian Segera Antigen COVID-19 RTK Gugusan Mikrobiologi

5 Jan 2024

Selasa, 2 Januari 2024, Unit Kultur Tisu Gugusan Mikrobiologi JPMD telah menganjurkan satu taklimat berkaitan Perkhidmatan Pengujian Segera Antigen COVID-19. Taklimat disampaikan oleh Dr Umi Kalsom@Satariah Ali. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada kakitangan yang terlibat dalam Pengujian Segera Antigen COVID-19 untuk mengikuti prosedur terkini pengurusan pengujian ini yang merujuk perkeliling terkini. Semua permintaan perlu dibuat saringan yang ditetapkan sebelum melakukan pengujian.

Bengkel Auditor Dalaman MS ISO 15189:2022

5 Jan 2024

Bengkel Auditor Dalaman MS ISO 15189:2022 Medical Laboratories 2023 anjuran Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik HCTM (JPMD) telah diadakan selama dua hari bermula 12hb hingga 13hb Disember 2023, bertempat di Auditorium UMBI. Tujuan utama bengkel diadakan adalah untuk memberi latihan kepada Auditor Dalaman MS ISO 15189:2022. Seramai 90 kakitangan HCTM dan HPKK menyertai bengkel ini. Bengkel ini turut juga dibuka kepada peserta luar. Antara institusi luar yang menyertai adalah dari Hospital Taiping, Hospital Putrajaya, Innoquest Pathology, Sungai Long Specialist Hospital, Rejang Specialist Hospital, Twin Catalyst Sdn Bhd, Nort Borneo Consulting dan Universiti Sains Islam Malaysia.

Jabatan Standards Malaysia telah mengeluarkan makluman tentang perubahan ini kepada semua makmal di bawah Sistem Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) terutamanya di bawah Akreditasi Makmal Perubatan untuk bertukar kepada standards versi 2022 ini sebelum Februari 2024. Penganjuran bengkel ini adalah usaha untuk memantapkan kemahiran auditor dalaman. Penceramah jemputan iaitu Puan Rozita Abdullah daripada Hospital Sungai Buloh telah memberi penerangan dan latihan sepanjang bengkel itu diadakan.

1 2 3 4 5 10

Search

+