PROGRAM JPMD PRIHATIN 2022

24 Jan 2022

Jumaat, 21 Jan 2022  Tragedi banjir yang melanda Lembah Klang pada tanggal 20 Disember 2021 meninggalkan kesan kepada mereka yang dilanda musibah ini. Banyak kawasan telah terjejas dan ditenggelami air. Proses bantuan dari segi pembersihan telah dijalankan sama ada oleh pihak berkuasa tempatan mahupon sukarelawan tanpa mengira jantina dan bangsa.

Pihak HCTM amnya dan JPMD khususnya telah bekerjasama menubuhkan kumpulan bantuan tenaga kerja pembersihan yang dinamakan ‘Team Relief’  ke rumah-rumah kakitangan terjejas dengan bencana ini untuk tujuan pembersihan tempat kediaman. Sementara itu, pihak Jawatankuasa Etika Kerja JPMD pula telah menubuhkan Tabung Prihatin bagi mengumpulkan sumbangan berbentuk wang ringgit, makanan, pakaian dan barang keperluan untuk disalurkan kepada kakitangan JPMD yang berkenaan. Sumbangan diperolehi daripada Pakar atau Pensyarah Perubatan dan semua kakitangan yang berkhidmat di JPMD. Sebahagian sumbangan ini telah digunakan untuk membiayai pembelian perkakasan pembersihan dan makanan sukarelawan bertugas.

Program ringkas serahan sumbangan berupa wang tunai kepada kakitangan JPMD yang terkesan dengan musibah banjir ini telah dilaksanakan secara ringkas di Lobi Gugusan Mikrobiologi, JPMD Sumbangan telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Jabatan iaitu Dr. Munirah Mansor diiringi oleh beberapa pegawai kanan seperti Ketua Pegawai Sains, Ketua Pengurus Makmal, Pengurus Makmal dan beberapa ahli Jawatankuasa Etika Kerja JPMD. Seramai 11 orang kakitangan telah mendapat manfaat daripada program ini. Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat membantu serba sedikit kepada penerimanya.

Pihak jawatankuasa penganjur ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas sumbangan yang diberikan dalam program ini sama ada berbentuk tenaga kerja, barangan mahupon wang ringgit.

Laporan : Siti Hawa Abu Amis
Gambar : Album Program Prihatin JPMD

 

 

Menjalankan tugas Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik

19 Jan 2022

Dimaklumkan Datin Dr. Anita Sulang telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Diagnostik dan Sains Kesihatan) Hospital Pakar Kanak-kanak UKM berkuatkuasa 17 Januari 2022. Sehubungan itu, Pengurusan HCTM telah bersetuju untuk melantik Dr. Munirah Md. Mansor, Ketua Unit Patologi Kimia untuk menjalankan tugas Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik bermula 17 Januari 2022 sehingga Ketua Jabatan yang baru dilantik.

 

Tahniah YBhg. Datin Dr. Anita Sulong

19 Jan 2022

Tahniah kepada YBhg. Datin Dr. Anita Sulong atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Diagnostik dan Sains Kesihatan) Hospital Pakar Kanak-kanak UKM berkuatkuasa 17 Januari 2022.

Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Gugusan Kajian Darah JPMD 2019

27 May 2019


Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Gugusan Kajian Darah JPMD
Jumaat, 25 Mei 2019 bersamaan dengan 19 Ramadhan 1440 Hijrah Gugusan Kajian Darah Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM, UKM telah menganjurkan majlis Tadarus & Khatam Al- Quran khusus kepada kakitangan gugusan kajian darah dan dibuka kepada semua kakitangan JPMD.

Seramai lebih kurang 53 orang peserta telah menyertai program ini. Objektif penganjuran program kerohanian ini adalah bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadhan dengan bacaan Al-Quran di mana ini adalah tahun kedua program seumpama ini dianjurkan oleh Gugusan Kajian Darah JPMD.

Program dimulakan dengan bacaan Al-Quran, doa khatam Al-Quran dan disempurnakan dengan penyampaian pulut kuning kepada peserta-peserta. Semoga program ini diberkati sebagai satu ibadah di bulan yang mulia ini.

Laporan & Gambar : Norhaizan Issia

KURSUS : KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MUSLIM

17 May 2019

Selasa, 14 Mei 2019 Jawatankuasa Etika Kerja telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Muslim bertempat di Bilik Seminar Histopatologi, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM, UKM khusus kepada semua kakitangan.

Seramai lebih kurang 77 orang peserta termasuk Pegawai Etika Unit dan kakitangan JPMD telah menyertai kursus separuh hari ini. Objektif penganjuran kursus kerohanian ini adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran kakitangan dalam mengurus jenazah sama ada ibubapa, anak-anak, saudara mara atau pon sesama muslim kelak. Pengisian kursus ini terbahagi kepada sesi ceramah dan juga sesi praktikal.

Pihak JPMD telah menjemput Ybhg. Ustaz Mohd Sanusi Mustafa dari Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur selaku penceramah pada kursus tersebut. Sesi pembelajaran sangat interaktif di mana para peserta boleh berinteraksi secara dua hala dan berpeluang mempelajari teknik pengurusan jenazah asas seperti penyediaan kelengkapan, kaedah mandi, penyediaan kain kafan, proses kafan dan solat jenazah semasa sesi praktikal dijalankan.

Pihak JPMD mengharapkan melalui kursus yang dijalankan, para peserta mendapat ilmu yang bermanfaat dan boleh dipraktikkan bagi yang berminat dan berkemampuan dalam mengurus jenazah khususnya jenazah muslim.

Laporan : Siti Hawa Abu Amis
Gambar : Abdul Hamydy

<<Galeri Gambar>>

CME : Pengurusan Sample Makmal Kultur Tisu & Sampel MERS-COV

14 Mar 2019

Pada 13 Mac 2019, telah diadakan CME yang bertajuk  Pengurusan Sample Makmal Kultur Tisu & Sample MERS-COV. CME ini dianjurkan oleh Unit Kultur Tisu untuk Gugusan Mikrobiologi. CME di sampaikan oleh Dr Umi Kalsom Ali dan Cik Maslini Ismail. CME ini dihadiri oleh kakitangan Gugusan Mikrobiologi JPMD dari pelbagai unit.

Dalam CME ini kakitangan di terangkan kaedah yang betul berkaitan pengursan sampel Makmal Kultur Tisu dan Sampel Mers-Cov. Diharap CME ini memberi input dan mencakna pengetahuan.

Laporan & Gambar Oleh : Hamydy

CME : Pipetting Technique and Pipette Calibration & Adjustment

18 Feb 2019

Pada 18 Februari 2019, telah diadakan CME yang bertajuk  “Pipetting Technique and Pipette Calibration & Adjustment”. CME ini dianjurkan oleh Gugusan Mikrobiologi dengan kerjasama dari syarikat Nanogene Solution Sdn Bhd. CME di sampaikan oleh Ms Cheong Zhin Whee. CME ini dihadiri oleh 58 orang kakitangan JPMD dari pelbagai unit.

Dalam CME ini kakitangan di terangkan kaedah penggunaan Pipet yang betul dan kaedah kaliberasi pipet. Diharap CME ini memberi input dan mencakna pengetahuan.

Laporan & Gambar Oleh : Hamydy

BENGKEL: Basic Molecular Workshop For Infectious Diasease

29 Jan 2019

Pada 24-25 January 2019, telah diadakan Bengkel Basic Molecular Workshop For Infectious Diasease . Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi Perubatan dan Unit Kultur Tisu JPMD. Bengkel ini di hadiri oleh Pegawai Perubatan (Master MPATH), Pegawai Perubatan, Pegawai Sains dan Juruteknologi Makmal Perubatan yang terlibat dalam bidang Molekular.

Penceramah yang terlibat dalam bengkel ini adalah Dr Umi Kalsom Ali, Dr Wong Kon Ken, Miss Lydiana Ng, Mr Chris Russel Lee dan Miss Germaine.


Diharap bengkel ini dapat memberi input dan nilai tambah kepada kakitangan dan pegawai perubatan yang terlibat dalam bidang ini .

Sekian.

Laporan : Hamydy
Gambar : Committee

<<Galeri Gambar>>

BENGKEL : ANALISA DATA LIS DAN LAPORAN

11 Jan 2019


Pada 11 January 2019 (Jumaat), Jawatankuasa IT JPMD menganjurkan bengkel analisa data menggunakan LIS. Bengkel di hadiri oleh Pegawai Sains dan Juruteknologi Makmal Perubatan yang terlibat dalam analisa data pengujian di JPMD. Sesi pagi untuk teknikal LIS disampaikan oleh kakitangan Hasniza Abu bakar daripada syarikat HPS penyedia sistem LIS di HCTM. Sebelah petang pula bengkel disampaikan oleh En Clarence Ko Ching Huat dari Fakulti Perubatan bagi laporan analisa data.
 
Diharap bengkel ini dapat memberi input dan nilai tambah kepada kakitangan dalam analisa pengujian.
Sekian.

Laporan : Hamydy
Gambar : Hamydy

<<Galeri Gambar>>

1 2 3 4 5 6 9

Search

+