LAWATAN PENANDA ARAS HOSPITAL SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (HSAAS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

19 Aug 2026

Pada 19 Ogos 2025 (Selasa), Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) menerima kunjungan daripada wakil Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) seramai 10 orang yang diketuai oleh Dr Hasni binti Mahayidin bagi mengadakan lawatan sambil belajar ke Makmal Imunologi dan Makmal Sitogenetik. Delegasi telah disambut oleh Dr Munirah Md Mansor, Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) dan Prof. Madya Dr Asrul Abd Wahab, Ketua Unit Imunologi, JPMD

Program lawatan dimulakan dengan sesi pengenalan Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) yang telah disampaikan oleh Dr. Munirah Md Mansor, Sesi ini memberikan gambaran menyeluruh mengenai peranan, fungsi serta perkhidmatan yang dilaksanakan oleh JPMD dalam menyokong perkhidmatan diagnostik dan penjagaan kesihatan.

Lawatan penanda aras ini bertujuan memberi peluang kepada delegasi HSAAS untuk melihat secara langsung proses kerja dan pengurusan operasi makmal di JPMD HCTM, di samping mendapatkan pendedahan berkaitan kaedah serta teknologi pengujian terkini yang dilaksanakan di Unit Imunologi dan Unit Sitogenetik.

Selain itu, lawatan ini turut memberi penekanan kepada aspek keselamatan makmal, kawalan kualiti, pengurusan peralatan serta amalan kerja yang sistematik bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan keputusan ujian makmal.

Seramai 10 orang wakil HSAAS telah menyertai lawatan ini seperti berikut:

Makmal Imunologi

  1. Dr. Hasni binti Mahayidin – Doktor Pakar
  2. Pn. Safarina binti Mohamad Ismuddin – Pegawai Sains
  3. Pn. Norbaszalina binti Md Isa – Pegawai Sains
  4. Cik. Nurul Afiqah binti Oon – Penolong Pegawai Sains
  5. Pn. Mirlia Suzila binti Che Mamat – Juruteknologi Makmal Perubatan
  6. Pn. Mariana Mega Sari binti Zulkifli – Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Cik. Sofiah Hanis binti Razak – Juruteknologi Makmal Perubatan

Sesi lawatan ke Makmal Imunologi telah dibawa dan dikendalikan oleh En. Mohd Tarmidzi Mohd Mokhtar & En Mohd Danori Sardi yang memberikan penerangan berkaitan pengoperasian, aliran kerja serta pelaksanaan perkhidmatan di makmal berkenaan.

Makmal Sitogenetik

  1. Dr. Suhaili binti Abu Bakar – Doktor Pakar
  2. En. Tengku Shahrul bin Tengku Md Yusoff – Pegawai Sains
  3. En. Friddy bin Haramada – Juruteknologi Makmal Perubatan

Seterusnya, sesi lawatan ke Makmal Sitogenetik telah dibawa dan dikendalikan oleh Pn. Nor Zarina Zainuddin & Dr Chia Wai Kit, dengan perkongsian berkaitan fasiliti, proses kerja dan pelaksanaan perkhidmatan sitogenetik.

Wakil JPMD yang Hadir

Turut hadir bersama dalam menjayakan program lawatan ini ialah wakil-wakil daripada JPMD, antaranya:

  • Abdul Hamydy Abdul Hamid
  • Nur Sofia binti Muchlas
  • Ahmad Firdaus Mohd Salleh
  • Mohd Anas bin Ismail
  • Nurzaitul Husna binti Ahmad Zaain
  • Halijah binti Mohamad

Kehadiran wakil-wakil JPMD turut membantu memastikan kelancaran perjalanan program, termasuk sesi perkongsian dan perbincangan bersama delegasi HSAAS.

Lawatan ini menjadi platform yang bermakna untuk pertukaran ilmu, pengalaman dan pandangan antara kedua-dua pihak, khususnya berkaitan amalan terbaik dalam pengendalian Makmal Imunologi dan Makmal Sitogenetik. Perbincangan turut merangkumi aspek pengurusan fasiliti, aliran kerja, prosedur serta pelaksanaan perkhidmatan makmal.

Secara keseluruhannya, lawatan penanda aras ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan kerjasama dan hubungan profesional antara JPMD, HCTM UKM dan HSAAS, UPM. Program ini juga diharap dapat menyumbang kepada usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti, keselamatan dan kecekapan perkhidmatan makmal demi manfaat pesakit serta organisasi.

“Perkongsian ilmu dan pengalaman merupakan pemangkin kepada kecemerlangan makmal dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.”

Search

+