LAWATAN PELAJAR INTERNATIONAL UNIVERSITY OF HEALTH AND WELFARE, JEPUN
10 September 2026 – Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), UKM telah menerima kunjungan seramai 34 pelajar dan 2 pensyarah dari International University of Health and Welfare (IUHW), Jepun menerusi MSU Edu-Tourism Program: Health Science Study Tour.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai perkhidmatan kesihatan hospital, khususnya peranan, fungsi dan proses kerja makmal diagnostik di JPMD. Para pelajar terdiri daripada pelbagai bidang sains kesihatan termasuk Farmasi, Terapi Pertuturan, Radioterapi, Terapi Cara Kerja, Teknologi Perubatan, Fisioterapi dan Orthoptics.
Program dimulakan dengan sesi alu-aluan dan pengenalan JPMD oleh Dr. Umi Kalsom, Timbalan Ketua Jabatan JPMD, sebelum para peserta melawat Makmal Hematologi dan Makmal Mikrobiologi. Di Makmal Hematologi, penerangan berkaitan perkhidmatan makmal disampaikan oleh Cik Najiah Kamaludin, Pegawai Sains Hematologi.
Lawatan kemudiannya diteruskan ke Makmal Mikrobiologi dengan penerangan oleh Dr. Faiz Ali, memberikan penerangan berkaitan peranan mikrobiologi dalam perkhidmatan makmal hospital serta aktiviti yang dijalankan bagi menyokong diagnosis dan pengurusan pesakit.
Turut menjayakan lawatan ini adalah En. Danori Sardi, En. Ahmad Firdaus, Pn Nor Afnizan, Pn Nurul Azwana, Pn Darna, Pn. Nor Zarina, dan Cik. Norsyazana.
Majlis telah dikendalikan oleh En. Abdul Hamydy Pegawai Sains Mikrobiologi, selaku pengacara majlis. Lawatan ini diharapkan dapat memberikan pengalaman bermakna serta, memberi peluang kepada para pelajar dari Jepun untuk mendapatkan gambaran secara langsung mengenai peranan makmal diagnostik dalam sistem penjagaan kesihatan serta memahami kepentingan perkhidmatan makmal dalam menyokong proses klinikal di hospital Malaysia.
JPMD HCTM merakamkan penghargaan kepada pihak Management and Science University (MSU) dan International University of Health and Welfare, Japan atas kunjungan serta kerjasama yang diberikan. Diharapkan program seperti ini dapat terus menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan pendedahan antarabangsa dalam bidang sains kesihatan.
