Tahniah YBhg. Datin Dr. Anita Sulong
Tahniah kepada YBhg. Datin Dr. Anita Sulong atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Diagnostik dan Sains Kesihatan) Hospital Pakar Kanak-kanak UKM berkuatkuasa 17 Januari 2022.

Tahniah kepada YBhg. Datin Dr. Anita Sulong atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah (Diagnostik dan Sains Kesihatan) Hospital Pakar Kanak-kanak UKM berkuatkuasa 17 Januari 2022.


Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Gugusan Kajian Darah JPMD
Jumaat, 25 Mei 2019 bersamaan dengan 19 Ramadhan 1440 Hijrah Gugusan Kajian Darah Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM, UKM telah menganjurkan majlis Tadarus & Khatam Al- Quran khusus kepada kakitangan gugusan kajian darah dan dibuka kepada semua kakitangan JPMD.

Seramai lebih kurang 53 orang peserta telah menyertai program ini. Objektif penganjuran program kerohanian ini adalah bagi mengimarahkan lagi bulan Ramadhan dengan bacaan Al-Quran di mana ini adalah tahun kedua program seumpama ini dianjurkan oleh Gugusan Kajian Darah JPMD.

Program dimulakan dengan bacaan Al-Quran, doa khatam Al-Quran dan disempurnakan dengan penyampaian pulut kuning kepada peserta-peserta. Semoga program ini diberkati sebagai satu ibadah di bulan yang mulia ini.

Laporan & Gambar : Norhaizan Issia
Selasa, 14 Mei 2019 Jawatankuasa Etika Kerja telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Muslim bertempat di Bilik Seminar Histopatologi, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM, UKM khusus kepada semua kakitangan.
Seramai lebih kurang 77 orang peserta termasuk Pegawai Etika Unit dan kakitangan JPMD telah menyertai kursus separuh hari ini. Objektif penganjuran kursus kerohanian ini adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran kakitangan dalam mengurus jenazah sama ada ibubapa, anak-anak, saudara mara atau pon sesama muslim kelak. Pengisian kursus ini terbahagi kepada sesi ceramah dan juga sesi praktikal.
Pihak JPMD telah menjemput Ybhg. Ustaz Mohd Sanusi Mustafa dari Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur selaku penceramah pada kursus tersebut. Sesi pembelajaran sangat interaktif di mana para peserta boleh berinteraksi secara dua hala dan berpeluang mempelajari teknik pengurusan jenazah asas seperti penyediaan kelengkapan, kaedah mandi, penyediaan kain kafan, proses kafan dan solat jenazah semasa sesi praktikal dijalankan.
Pihak JPMD mengharapkan melalui kursus yang dijalankan, para peserta mendapat ilmu yang bermanfaat dan boleh dipraktikkan bagi yang berminat dan berkemampuan dalam mengurus jenazah khususnya jenazah muslim.
Laporan : Siti Hawa Abu Amis
Gambar : Abdul Hamydy
<<Galeri Gambar>>
Pada 13 Mac 2019, telah diadakan CME yang bertajuk Pengurusan Sample Makmal Kultur Tisu & Sample MERS-COV. CME ini dianjurkan oleh Unit Kultur Tisu untuk Gugusan Mikrobiologi. CME di sampaikan oleh Dr Umi Kalsom Ali dan Cik Maslini Ismail. CME ini dihadiri oleh kakitangan Gugusan Mikrobiologi JPMD dari pelbagai unit.

Dalam CME ini kakitangan di terangkan kaedah yang betul berkaitan pengursan sampel Makmal Kultur Tisu dan Sampel Mers-Cov. Diharap CME ini memberi input dan mencakna pengetahuan.
Laporan & Gambar Oleh : Hamydy
Pada 18 Februari 2019, telah diadakan CME yang bertajuk “Pipetting Technique and Pipette Calibration & Adjustment”. CME ini dianjurkan oleh Gugusan Mikrobiologi dengan kerjasama dari syarikat Nanogene Solution Sdn Bhd. CME di sampaikan oleh Ms Cheong Zhin Whee. CME ini dihadiri oleh 58 orang kakitangan JPMD dari pelbagai unit.

Dalam CME ini kakitangan di terangkan kaedah penggunaan Pipet yang betul dan kaedah kaliberasi pipet. Diharap CME ini memberi input dan mencakna pengetahuan.
Laporan & Gambar Oleh : Hamydy
Pada 24-25 January 2019, telah diadakan Bengkel Basic Molecular Workshop For Infectious Diasease . Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi Perubatan dan Unit Kultur Tisu JPMD. Bengkel ini di hadiri oleh Pegawai Perubatan (Master MPATH), Pegawai Perubatan, Pegawai Sains dan Juruteknologi Makmal Perubatan yang terlibat dalam bidang Molekular.

Penceramah yang terlibat dalam bengkel ini adalah Dr Umi Kalsom Ali, Dr Wong Kon Ken, Miss Lydiana Ng, Mr Chris Russel Lee dan Miss Germaine.


Diharap bengkel ini dapat memberi input dan nilai tambah kepada kakitangan dan pegawai perubatan yang terlibat dalam bidang ini .
Sekian.
Laporan : Hamydy
Gambar : Committee

Pada 11 January 2019 (Jumaat), Jawatankuasa IT JPMD menganjurkan bengkel analisa data menggunakan LIS. Bengkel di hadiri oleh Pegawai Sains dan Juruteknologi Makmal Perubatan yang terlibat dalam analisa data pengujian di JPMD. Sesi pagi untuk teknikal LIS disampaikan oleh kakitangan Hasniza Abu bakar daripada syarikat HPS penyedia sistem LIS di HCTM. Sebelah petang pula bengkel disampaikan oleh En Clarence Ko Ching Huat dari Fakulti Perubatan bagi laporan analisa data.

Diharap bengkel ini dapat memberi input dan nilai tambah kepada kakitangan dalam analisa pengujian.
Sekian.
Laporan : Hamydy
Gambar : Hamydy

Pada 7 Disember 2018 (Jumaat), JPMD bersama-sama Pegurusan HCTM menganjurkan Majlis Perawatan Islam bersama dengan Kumpulan Perubatan Darul Syifa. Majlis dimulakan selepas solat Magrib kemudian disusuli dengan tazkirah dan bacaan doa.

Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan JPMD yang telah melapangkan diri untuk menghadiri majlis ini.
Laporan: Hamydy
Foto: Izwan

CQE: “EXTERNAL QUALITY ASSURANCE PROGRAM (EQAP) IN LAB DIAGNOSTIC”
Pada 17 Julai 2018 (Selasa) lalu, JK Jaminan Kualiti JPMD telah menganjurkan CQE bertajuk “External Quality Assurance Program (EQAP) In Lab Diagnostic” bertempat di Bilik Konferens, JPMD.
Program ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan program- program EQA yang terdapat di pasaran kini. Sesi ini dihadiri oleh Pegawai – Pegawai Sains serta AJK Jaminan Kualiti JPMD seramai 40 orang.
CQE ini telah disampaikan oleh beberapa wakil pembekal seperti Randox, Global Science, Chemopharm dan ADT Molecular. Di dalam CQE ini kakitangan didedahkan dengan program EQA seperti RIQAS,Lab Quality, Biorad dan QCMD. Daripada sesi perkongsian ini pihak makmal mendapat kefahaman tentang program dan ujian –ujian yang terlibat.
Laporan:JK Jaminan Kualiti JPMD
Foto: Hamydy & Nazrul