KURSUS : KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MUSLIM

17 May 2019

Selasa, 14 Mei 2019 Jawatankuasa Etika Kerja telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Muslim bertempat di Bilik Seminar Histopatologi, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, HCTM, UKM khusus kepada semua kakitangan.

Seramai lebih kurang 77 orang peserta termasuk Pegawai Etika Unit dan kakitangan JPMD telah menyertai kursus separuh hari ini. Objektif penganjuran kursus kerohanian ini adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran kakitangan dalam mengurus jenazah sama ada ibubapa, anak-anak, saudara mara atau pon sesama muslim kelak. Pengisian kursus ini terbahagi kepada sesi ceramah dan juga sesi praktikal.

Pihak JPMD telah menjemput Ybhg. Ustaz Mohd Sanusi Mustafa dari Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur selaku penceramah pada kursus tersebut. Sesi pembelajaran sangat interaktif di mana para peserta boleh berinteraksi secara dua hala dan berpeluang mempelajari teknik pengurusan jenazah asas seperti penyediaan kelengkapan, kaedah mandi, penyediaan kain kafan, proses kafan dan solat jenazah semasa sesi praktikal dijalankan.

Pihak JPMD mengharapkan melalui kursus yang dijalankan, para peserta mendapat ilmu yang bermanfaat dan boleh dipraktikkan bagi yang berminat dan berkemampuan dalam mengurus jenazah khususnya jenazah muslim.

Laporan : Siti Hawa Abu Amis
Gambar : Abdul Hamydy

<<Galeri Gambar>>

Search

+