Majlis Perhimpunan Kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Bil. 2/2023 – Malaysia Dulu-dulu
CHERAS, 18 September 2023 – Majlis Perhimpunan Kakitangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Bil. 2/2023 yang diadakan pada pagi tadi bertempat di Galeri Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Majlis yang bertemakan Malaysia dulu-dulu, majlis dimulakan dengan deklamasi sajak yang dicipta oleh Puan Sherin Sokmum, Ketua Unit Terapi Pertuturan, Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, dan disampaikan oleh Puan Norliza Dahalan, Jabatan Kewangan.
Fokus utama penganjuran majlis ini adalah untuk memaklumkan kepada warga kerja HCTM mengenai pencapaian dan kecemerlangan yang telah dilakar oleh HCTM bermula dari Januari sehingga September 2023, pembentangan mengenai isu-isu integriti ke arah tadbir urus terbaik dan budaya kerja unggul serta membendung salahlaku dan pelanggaran etika di HCTM. Maklumat berinformasi ini telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM.
Sejurus selepas penyampaian ucapan, sesi penyampaian Sijil Penghargaan Penarafan 5 Bintang bagi Pemeriksaan Alih Aset Jabatan-jabatan di HCTM 2023, penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Sukan Rakyat serta pemenang Hiasan Pejabat Sempena Bulan Kemerdekaan dan pemilihan pakaian tercantik berkonsepkan sarong (kain batik/ kain pelikat) telah dijalankan. Pertandingan Sukan Rakyat telah dianjurkan pada Bulan Ogos yang lepas. Seramai 32 orang kakitangan telah menyertai Pertandingan Congkak, dan 37 orang kakitangan menyertai pertandingan Sepak Bulu Ayam. Pemenang yang berjaya membawa pulang wang tunai
Majlis perhimpunan yang dihadiri hampir 200 orang (termasuk menonton siaran langsung) telah menutup tirai pada jam 11.00 pagi. Perhimpunan ini turut dihadiri Timbalan-timbalan Pengarah, Timbalan Pendaftar, Ketua-ketua Jabatan dan Warga HCTM.













