Majlis Perasmian Seminar Umum Kempen Kesedaran Pendermaan Organ “Derma Organ: Harapan Vs Realiti”
Majlis Perasmian Seminar Umum Kempen Kesedaran Pendermaan Organ “Derma Organ: Harapan Vs Realiti” anjuran Pasukan Transplantasi dan Perolehan Organ (TOP) dan Pejabat Pengarah, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dengan kerjasama ‘National Transplant Resource Centre’ (NTRC) atau Pusat Sumber Transplan Nasional telah diadakan pada 22 Julai 2025 (Selasa) bertempat di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM.
Objektif utama seminar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan dan manfaat derma organ dalam menyelamatkan nyawa, serta memberikan maklumat yang jelas dan tepat mengenai proses, prosedur, dan kriteria pendermaan organ. Selain itu, ia bertujuan membetulkan salah faham dan mitos yang sering dikaitkan dengannya, menggalakkan lebih ramai individu mendaftar sebagai pengikrar penderma organ secara sukarela, dan meningkatkan penglibatan masyarakat serta profesional kesihatan dalam mempromosikan serta memudahkan proses pendermaan organ di Malaysia.
Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), YBrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran), YBrs. Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan, YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, YBrs. Dr. Hasdy Haron, Pegawai Perubatan NTRC, YBrs. Dr. Maryam Budiman Pengerusi Jawatankuasa Program, pegawai-pegawai kanan dan para peserta seminar.