Majlis Perasmian Seminar Bedah Akta: Akta Kanak-Kanak 2001 & Akta Keganasan Rumah Tangga 1994

25 Jun 2025 2025, Berita
Majlis Perasmian Seminar Bedah Akta: Akta Kanak-Kanak 2001 & Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 anjuran Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan pada 25 Jun 2025 (Rabu) bertempat di Dewan Khalid Kadir, Aras 3, Blok Tambahan, HCTM, UKM. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM.
Seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap undang-undang perlindungan sosial serta memberi pengetahuan dalam menangani isu kekeluargaan dan kanak-kanak. Pengarah HCTM, dalam ucapannya berharap agar seminar ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi memelihara kebajikan kanak-kanak dan keluarga. Beliau yakin seminar ini menjadi platform yang berkesan untuk memperkasa perlindungan terhadap kanak-kanak dan mangsa keganasan rumah tangga. Kesejahteraan individu dan masyarakat adalah asas kepada pembinaan komuniti serta negara yang harmoni dan makmur. Kanak-kanak dan institusi keluarga menjadi tunjang utama dalam membentuk masyarakat sejahtera, disokong oleh peranan penting hospital sebagai pusat rujukan untuk intervensi krisis secara pantas dan menyeluruh melalui kerjasama pelbagai disiplin.
Turut hadir dalam majlis ini, YBrs. Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan, YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, YBrs. Puan Intan Nurhaila Meor Safari, Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan, ketua-ketua Jabatan, dan peserta-peserta seminar.

Search

+