Majlis Perasmian Minggu Keselamatan Pesakit 2024 Peringkat HCTM
Majlis Perasmian Minggu Keselamatan Pesakit 2024 Peringkat HCTM yang diadakan di Lobi Utama, Blok Klinikal HCTM, hari ini telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) wakil Pengarah HCTM. Minggu Keselamatan Pesakit anjuran Unit Kawalan Infeksi telah diadakan pada 17 hingga 20 September 2024. Bertemakan ‘Improving Diagnosis for Patient Safety’ dan slogan ‘Get it right, Make it Right’, sambutan Hari Keselamatan Pesakit disambut pada 17 September setiap tahun bagi memastikan keselamatan pesakit adalah keutamaan dalam mana-mana sistem penjagaan kesihatan.
Di HCTM, keselamatan pesakit adalah berlandaskan Malaysian Patient Safety Goal 2.0 (MPSG 2.0) yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terdiri daripada 7 matlamat iaitu Infection Prevention And Control, Safe Surgery Saves Lives, Medication Safety, Transfusion Safety, Fall Prevention, Patient Identification, dan Incident Report And Learning System. Prof. Madya Dr. Jamari dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Unit Kawalan Infeksi dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini bagi mencapai objektif yang disasarkan.
Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ‘Treasure Hunt’ dan Pakaian terbaik mengikut tema keselamatan pesakit. Hadir sama, Puan Wan Omi Wan Yussop, Ketua Jabatan Kewangan, Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Dr. Sharifah Azura Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi merangkap Ketua Program Minggu Keselamatan Pesakit HCTM 2024, Dr. Siti Nor Emyliana Su’aif, wakil Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Ketua-ketua Jabatan dan warga HCTM.
