Majlis Meraikan Atlet-atlet Kejohanan Sukan Staf antara Gugusan UKM 2022 dan 2023
CHERAS, 1 Ogos 2024 – Seramai 100 orang kakitangan yang juga atlet-atlet Hospital Canselor Tuanku Muhriz yang terlibat dalam Kejohanan Sukan Staf antara Gugusan UKM 2022 dan 2023 telah menghadiri Majlis Perasmian Jamuan yang diadakan di Ruang Galeri, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM.
Penganjuran majlis ini adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada atlet, pengurus, jurulatih, Jawatankuasa KSK, dan individu yang turut terlibat dalam Kejohanan Sukan Staf antara Gugusan UKM sejak 2022 hingga 2024. Sejak tahun 2022, Gugusan Hospital Pengajar telah berjaya meraih 9 pingat emas, 4 pingat perak dan 5 pingat gangsa manakala pada tahun 2023 Gugusan Hospital Pengajar telah memenangi 12 pingat emas, 8 pingat perak dan 8 pingat gangsa. YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM dalam ucapannya berharap agar kakitangan Gugusan Hospital Pengajar dapat mengekalkan kejuaraan untuk tahun-tahun akan datang serta mewujudkan semangat juang dalam mencipta rekod baharu kejohanan.
Turut hadir, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) dan YBhg. Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri, Pengerusi Kelab Sukan Kakitangan PPUKM dan Kontinjen Gugusan Hospital Pengajar.


