Lawatan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad Ke Pusat Pemberian Vaksin Secara Pandu Lalu Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
Oleh : Norhayati Md Raji
Foto : Jabatan Multimedia dan Penyiaran HCTM
Cheras, 9 Ogos 2021- Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) hari ini telah menerima kunjungan Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, bekas Menteri Pengajian Tinggi (KPT) ke Pusat Pemberian Vaksin Pandu lalu Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Kunjungan lawatan ini disambut oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman, Naib Canselor UKM diiringi Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Dr.Sharifa Azura Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi, HCTM merangkap Ketua Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin serta Dr. Abdul Rashid Abdul Kader,Penyelaras Klinik Warga,HCTM.
Tinjauan ini adalah satu penghormatan dan menzahirkan ucapan terima kasih diatas usaha yang digerakkan oleh HCTM ini adalah merupakan antara beberapa pendekatan baharu dalam pemberian vaksin yang telah diperkenalkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi Pusat Pemberian Vaksin Institut Pengajian Tinggi (PPV IPT) yang telah beroperasi sejak 14 Jun 2021. Susulan daripada kejayaan program rintis Pusat Pemberian Vaksin Bergerak dengan kerjasama Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) di Parit Sulong, Johor pada bulan Jun lalu, inisiatif ini kini diteruskan ke Seri Menanti, Negeri Sembilan bagi membantu negara bersama-sama menangani wabak Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia.

