Jabatan Kualiti telah ditubuhkan pada tahun 2006. Ketika itu, Unit Khidmat Pelanggan diletakkan di bawah Jabatan Kualiti dan jabatan dikenali sebagai Jabatan Kualiti dan Khidmat Pelanggan.
Pada 1 April 2008, Unit Khidmat Pelanggan dikeluarkan dari Jabatan Kualiti dan dinaik taraf menjadi jabatan. Fungsi utamanya jabatan adalah untuk memastikan instrumen- instrumen kualiti di PPUKM dibangunkan dan diselaraskan dengan cekap dan berkesan. Fungsi ini meliputi 3 bidang utama iaitu pengajaran & pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. Di antara program- program kualiti yang selaraskan di bawah jabatan adalah Program Pensijilan MS ISO, Program Akreditasi MQA/Badan Profesional, Program MSQH, program anugerah kualiti dan lain- lain. Sesuai dengan perkembangan dan kehendak semasa maka fungsi Jabatan Kualiti telah diperluaskan dengan pengambilalihan Unit PRISMA dari Pejabat Dekan dan Pengarah pada tahun 2011.
Penstrukturan semula telah dibuat pada penghujung 2017 di mana HCTM dan Pejabat Dekan Fakulti Perubatan telah dipisahkan. Jabatan Kualiti kembali sebagai satu entiti yang bertanggungjawab mengurus dan memantau program kualiti berkaitan perkhidmatan di HCTM dibangunkan dan diselaraskan dengan cekap serta berkesan. Jabatan Kualiti tidak lagi terlibat dengan program dan akreditasi akademik yang lain.
KEPIMPINAN



