Jabatan Kualiti telah ditubuhkan pada tahun 2006. Ketika itu, Unit Khidmat Pelanggan diletakkan di bawah Jabatan Kualiti dan jabatan dikenali sebagai Jabatan Kualiti dan Khidmat Pelanggan.

Pada 1 April 2008, Unit Khidmat Pelanggan dikeluarkan dari Jabatan Kualiti dan dinaik taraf menjadi jabatan. Fungsi utamanya jabatan adalah untuk memastikan instrumen- instrumen kualiti di PPUKM dibangunkan dan diselaraskan dengan cekap dan berkesan. Fungsi ini meliputi 3 bidang utama iaitu pengajaran & pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan. Di antara program- program kualiti yang selaraskan di bawah jabatan adalah Program Pensijilan MS ISO, Program Akreditasi MQA/Badan Profesional, Program MSQH, program anugerah kualiti dan lain- lain. Sesuai dengan perkembangan dan kehendak semasa maka fungsi Jabatan Kualiti telah diperluaskan dengan pengambilalihan Unit PRISMA dari Pejabat Dekan dan Pengarah pada tahun 2011.

Penstrukturan semula telah dibuat pada penghujung 2017 di mana  HCTM dan Pejabat Dekan Fakulti Perubatan telah dipisahkan.  Jabatan Kualiti kembali sebagai satu entiti yang bertanggungjawab mengurus dan memantau program kualiti berkaitan perkhidmatan di HCTM  dibangunkan dan diselaraskan dengan cekap serta berkesan.  Jabatan Kualiti tidak lagi terlibat dengan program  dan akreditasi akademik yang lain.

 

 

KEPIMPINAN

Prof. Madya Dr. Aniza Ismail  ( Ketua Jabatan Tahun 2019 )

 

Dr. Abdul Rashid Abdul Kader ( Mantan Ketua Jabatan Tahun 2015 – 2018 )

 

Profesor Dr Zaiton Zakaria         ( Mantan Ketua Jabatan Tahun 2012 – 2014 )

 

Profesor Dr Azian Abdul Latif    ( Mantan Ketua Jabatan Tahun 2008 – 2011 )