MS ISO 9001:2008

ISO bermaksud equal ialah satu nickname bukan acronym untuk internasional Organisasion for Standardisation (IOS) iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan ditubuhkan pada 28/2/1947.

 

Apa yang organisasi perlu lakukan untuk memberi perkhidmatan berorientasikan pelanggan?

1. Menambahbaik sistem dan prosedur kerja.

2. Mengurangkan birokrasi.

3. Pastikan staf berpengetahuan, kompeten dan komited melaksanakan tugas.

 

Akreditasi

Satu pengesahan rasmi terhadap sijil, diploma dan ijazah yang dianugerahkan oleh PPT selaras dengan standard dan kriteria yang ditetapkan oleh MQA.

 

3 Peringkat akreditasi:

1. Akreditasi Sementara

2. Akreditasi Penuh (1-5 tahun)

3. Audit Institusi.

 

Perbezaan Malaysian Qualifications Agency (MQA), Malaysian Qualifications Framework (MQF) dan Malaysian Qualifications Register (MQR)

MQA adalah badan yang melaksanakan MQF sebagai landasan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi dan titik rujukan kriteria dan standard kelayakan kebangsaan. Badan ini juga bertanggungjawab memantau dan menyelia amalan jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

MQF adalah satu instrumen yang membangunkan dan mengklasifikasi kelayakan berdasarkan satu set kriteria yang diluluskan di peringkat nasional dengan amalan antarabangsa dan menjelaskan tahap akademik, hasil pembelajaran bidang pengajian dan sistem kredit berasaskan beban akademik pelajar.

MQR adalah pengkalan yang menyediakan maklumat mengenai program dan kelayakan yang telah mendapat akreditasi.

 

Mengapa perlu jaminan kualiti terhadap program, kelayakan dan institusi?

1. Mewujudkan keyakinan awam terhadap sistem pendidikan dan program latihan di Malaysia.

2. Pembangunan modal insan dalam menyokong pembangunan negara.

3. Menentukan kualiti pendidikan dan program latihan yang ditawarkan.

4. Memastikan graduan berkualiti.

5. Pengiktirafan, mobiliti pelajar.

 

Perbezaan Program Badan Profesional dan Program Bukan Profesional

Program Badan Profesional adalah program yang membawa kepada pengiktirafan & pendaftaran tertakluk kepada penilaian Badan Profesional berkaitan bersama dengan MQA.

Program Bukan Profesional adalah program yang tidak memerlukan pengiktirafan & pendaftaran tertakluk kepada penilaian MQA.