Taklimat Pengurusan Sistem Insiden HCTM 2025
Taklimat Pengurusan Sistem Insiden HCTM 2025 telah diadakan pada 24 September 2025 (Rabu) bermula 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Dewan Kuliah 2, Blok Pendidikan, HCTM.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada semua warga kerja HCTM dalam memastikan sistem insiden ini dapat digunakan secara optimum dan berkesan.
Turut hadir pada taklimat ini ialah YBrs. Dr. Noor Asyikin Jasni, Ketua Jabatan Kualiti HCTM. Pembentangan setiap modul berkaitan sistem insiden telah dilaksanakan oleh wakil-wakil terlibat yang terdiri daripada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Unit Kawalan Infeksi, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, Jabatan Farmasi, Bahagian Keselamatan KKL, Jabatan Pembangunan Prasarana KKL dan Pejabat Pengarah HCTM.“

