Taklimat Pengenalan Program Hospital Rakan Bayi (HRB) HCTM
Taklimat Pengenalan Program Hospital Rakan Bayi (HRB) telah diadakan pada 9 Mei 2025 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 3, Blok Tambahan HCTM. Penceramah yang telah dijemput pada taklimat ini terdiri daripada Dr. Izyan Atiqah Zakaria dan Puan Halijah Bee Md. Zaini.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi pengenalan tentang program Hospital Rakan Bayi (HRB) di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Turut hadir pada taklimat ini ialah YBrs. Dr. Noor Asyikin Jasni, Ketua Jabatan Kualiti HCTM.






