Taklimat Penambahan Elemen Berkaitan Perubahan Iklim Dalam Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015
Taklimat Penambahan Elemen Berkaitan Perubahan Iklim Dalam Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 telah diadakan pada 29 Oktober 2025 (Rabu) bermula 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Dewan Khalid Kadir, Blok Tambahan, HCTM.
Penceramah yang telah dijemput pada taklimat ini ialah Puan Norizah Yahaya, Ketua Juruaudit daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd. Turut hadir pada taklimat ini ialah YBrs. Dr. Noor Asyikin Jasni, Ketua Jabatan Kualiti HCTM, Ketua-Ketua Jabatan, wakil-wakil Jabatan dan kakitangan Jabatan Kualiti.

