Sesi Taklimat Pengurusan Maklum Balas Pelanggan & SISPAA UKM
Sesi Taklimat Pengurusan Maklum Balas Pelanggan & SISPAA UKM telah diadakan pada 15 Januari 2026 (Khamis) bermula 2.00 petang hingga 4.30 petang bertempat di Auditorium Advanced Surgical Skills Centre (ASSC). Penceramah yang telah dijemput pada sesi taklimat ini ialah En. Saipulizam Abd. Ghani, Timbalan Pengarah (Pengurusan Korporat), Pusat Komunikasi Korporat (Komunikasi UKM). Turut hadir pada bengkel ini ialah YBrs. Dr. Noor Asyikin Jasni, Ketua Jabatan Kualiti HCTM, Cik Nurul Hafiza Mazlan, Pegawai Tadbir, Pusat Komunikasi Korporat (Komunikasi UKM), Pegawai-pegawai Perhubungan Aduan Jabatan dan wakil-wakil Jabatan.


