Sesi Pemantapan Pengurusan & Pengendalian Maklum Balas Pelanggan HCTM 2026
Sesi Pemantapan Pengurusan & Pengendalian Maklum Balas Pelanggan HCTM telah diadakan pada 13 Ogos 2026 (Khamis) bermula 9.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Dewan Khalid Kadir, Aras 3, Blok Tambahan HCTM. Penceramah pada sesi ini ialah YBrs. Dr. Noor Asyikin Jasni, Ketua Jabatan Kualiti HCTM, Encik Muhamad Khairi Khalis, Ketua Penolong Pendaftar, Jabatan Kualiti HCTM dan Puan Siti Fairuz Mohd Saad dari Jabatan Kualiti HCTM. Sesi ini memfokuskan kepada memantapkan pengurusan dan pengendalian maklum balas di jabatan dan HCTM. Turut hadir pada sesi ini ialah Pegawai-pegawai Perhubungan Maklum Balas Jabatan dan wakil-wakil Jabatan.




