Projek Sumbangan dan Kerja Amal di Maahad Tarbiah Islam ASOFFA
Satu projek amal dan kemasyarakatan akan dijalankan di Maahad Tarbiah Islam ASOFFA, Batu 21 Hulu Langat mulai bulan Mei hingga Disember 2015. Projek melibatkan pemberian sumbangan dalam bentuk material untuk kegunaan pembelajaran serta aktiviti gotong- royong untuk mengindahkan kawasan oleh kakitangan Jabatan Kualiti, pelajar- pelajar dan tenaga pengajar Maahad tersebut.