Program Serahan Sumbangan Ikhlas Keperluan Asas
Jabatan Kualiti, HCTM menganjurkan Program Serahan Sumbangan Ikhlas Keperluan Asas pada 10 Mac 2026 (Selasa) bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang bertempat di Lobi Utama dan Lobi Pelawat HCTM.
Program ini bertujuan menyalurkan sumbangan keperluan asas kepada pesakit dan pelawat HCTM tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa.
Penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBrs. Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), YBrs. Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) HCTM serta YBrs. Dr. Noor Asyikin Jasni, Ketua Jabatan Kualiti HCTM bersama kakitangan Jabatan Kualiti.
Galeri gambar: https://www.facebook.com/share/p/1D8B8sn8Br/
