Mesyuarat Jawatankuasa Induk MSQH Bil 1/2025

28 May 2025

Mesyuarat Jawatankuasa Induk MSQH Bil.1/2025 telah diadakan pada 28 April 2025 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat SUKMARIA, Tingkat 3, Blok Klinikal, HCTM.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Turut hadir pada mesyuarat ini ialah Timbalan Pengarah (Surgeri), Timbalan Pengarah (Perubatan), Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi Dan Sokongan), Timbalan Pengarah (Pentadbiran), YBrs. Dr. Noor Asyikin Jasni, Ketua Jabatan Kualiti HCTM, Ketua-Ketua Jabatan terlibat, wakil-wakil Jabatan dan kakitangan Jabatan Kualiti.

Search

+