Majlis Penutup MSQH Hospital Canselor Tuanku Muhriz 2023

10 Feb 2023
Penilaian Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) diakhiri dengan Majlis Penutup MSQH Hospital Canselor Tuanku Muhriz 2023 yang disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Penilaian akreditasi MSQH telah dijalankan sekitar HCTM dan sebanyak 45 standards telah dinilai. Penilaian akreditasi ini merupakan satu usaha penambahbaikan berterusan di mana peningkatan kualiti perkhidmatan bukan hanya menyokong perkhidmatan klinikal tetapi dapat diperluaskan kepada semua perkhidmatan yang lain.
Ribuan terima kasih kepada semua warga kerja HCTM yang telah bertungkus lumus menjayakan akreditasi ini walaupun berhadapan dengan kekangan masa dan kesibukan tugas hakiki namun mampu membuat persediaan yang sewajarnya dalam menghadapi akreditasi MSQH sehingga selesai. Turut hadir bersama pada majlis penutup ini, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Dekan Fakulti Perubatan, Pengurusan Fakulti Perubatan, Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan dan warga kerja HCTM.

Search

+