Lawatan ‘Master Of Healthcare Administration Course Serial-44, Armed Forces Postgraduate Medical Institute’ (AFPGMI), Rawalpindi, Pakistan

29 May 2025

Lawatan ‘Master of Healthcare Administration Course Serial-44, Armed Forces Postgraduate Medical Institute’ (AFPGMI), Rawalpindi, Pakistan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan pada 29 Mei 2025 (Khamis).

Lawatan ini adalah untuk mendapatkan pendedahan mengenai aspek pengurusan dan operasi hospital, antaranya tatacara pengendalian dan penjagaan pesakit secara sistematik serta memahami sistem jaminan kualiti yang diamalkan oleh HCTM. Delegasi terdiri daripada 35 orang pelajar siswazah diketuai oleh YBhg. Major General Syed Adil Husnain, Commandant AFPGMI, Rawalpindi, Pakistan bersama YBhg Brigedier Jeneral Dr. Aisyah Abu Baker Mitha, ‘Directing Staff’ AFPGMI Rawalpindi. Delegasi turut diiringi oleh dua (2) orang pengiring daripada Markas Angkatan Tentera, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Kementerian Pertahanan Malaysia.

Delegasi disambut mesra oleh Dr. Nurmasitah Mohammad Nazri, mewakili Ketua Jabatan Kualiti dan Puan Roslizaton Binti Che Mamat, mewakili Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan. Turut hadir serta dalam lawatan ini ialah wakil daripada Jabatan Kewangan dan Unit Kawalan Infeksi.

Search

+