Lawatan Kerja Rasmi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ke Jabatan Kualiti, HCTM

16 Apr 2025

Rakaman Lensa Lawatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Ke Jabatan Kualiti, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada 8 April 2025 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat Sukmaria, Blok Klinikal, HCTM. Lawatan yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Ibrahem Mohamad Jumangen, Pegawai Tadbir Kanan delegasi dari PPUM.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pandangan pelaksanaan amalan terbaik merangkumi pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh kedua-dua pihak berkaitan sistem pelaksanaan di Jabatan Kualiti HCTM, fungsi dan penglibatan jabatan secara menyeluruh kepada operasi Hospital serta tugasan tambahan yang dikelola oleh jabatan. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh YBrs. Dr Noor Asyikin Jasni, Ketua Jabatan Kualiti, HCTM.

Turut hadir dalam lawatan ini YBrs. Dr Khairul Azri Sabri, Ketua Jabatan Perkembangan dan Amalan Perubatan PPUM, YBrs. Puan Syarifah Hasniza S Hassan Almashoor, Ketua Jabatan Perhubungan Korporat PPUM, pegawai-pegawai PPUM dan warga Jabatan Kualiti, HCTM.

Search

+