Lawatan Akademik Universitas Hasanuddin Indonesia ke Jabatan Kualiti, HCTM

8 May 2025

Lawatan Akademik Universitas Hasanuddin, Indonesia Ke Jabatan Kualiti, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah berlangsung pada 8 Mei 2025 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Kualiti, Blok Asrama Jururawat, HCTM. Delegasi terdiri daripada 12 orang pelajar siswazah Universitas Hasanuddin.

Lawatan ini bertujuan untuk memahami secara umum pengurusan dan operasi sesebuah hospital pengajian tinggi serta mendapatkan pendedahan ringkas berkaitan fungsi dan struktur organisasi Jabatan/Unit di HCTM.

Turut hadir dan memberikan taklimat ringkas semasa sesi lawatan ini ialah Puan Analiza Abu Bakar, Penolong Pendaftar Kanan yang mewakili Ketua Jabatan Kualiti, HCTM dan warga Jabatan Kualiti.

Search

+