Bengkel Validasi Soal Selidik dan Kajian Kepuasan Pelanggan HCTM
Jabatan Kualiti, HCTM telah mengadakan Bengkel Validasi Soal Selidik dan Kajian Kepuasan Pelanggan HCTM pada 7 dan 8 Ogos 2024 bertempat di Everly Hotel, Putrajaya dan dihadiri oleh 30 orang. Penceramah yang telah dijemput pada bengkel ini terdiri daripada YBhg. Prof. Dr. Zaleha Md Isa, Pensyarah, Jabatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM dan Dr. Norkisme Zainal Abidin, Pegawai Penyelidik, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM.

