BENGKEL PENGURUSAN ISU-ISU PELANGGAN HCTM
Jabatan Kualiti, HCTM telah mengadakan Bengkel Pengurusan Isu-Isu Pelanggan HCTM pada 26 November 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Blok Tambahan, HCTM dengan sasaran seramai 30 peserta melibatkan Pegawai Perhubungan Aduan (Liaison Officer) atau wakil kakitangan di setiap jabatan . Penceramah yang telah dijemput pada bengkel ini terdiri daripada Dr. Fauziah Binti Hussain, Timbalan Ketua Unit Komunikasi, Hospital Kuala Lumpur dan Puan Siti Fairuz Mohd Saad, Penolong Pegawai Tadbir Kanan Jabatan Kualiti.


