Bengkel Lanjutan Permurnian Pengurusan Sistem Ensiden HCTM
Jabatan Kualiti telah menjalankan Bengkel Lanjutan Permurnian Pengurusan Sistem Ensiden Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bertempat di Advanced Surgical Skills Centre (ASSC) pada 14 April 2025 (Isnin) bermula 8.30 pagi melibatkan Ketua Jabatan/Unit/Pusat dan wakil jabatan. Penceramah yang telah dijemput pada bengkel ini terdiri daripada Dr. Nurmasitah Mohamad Nazri, Pegawai Perubatan dari Jabatan Kualiti, HCTM. Turut dijemput adalah YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi, HCTM dan Dr. Noor Asyikin Jasni, Ketua Jabatan Kualiti, HCTM.

