Taklimat Pelaporan Insiden Bagi Modul Keselamatan Pesakit (e-IR)

23 Feb 2026

Taklimat Pelaporan Insiden bagi Modul Keselamatan Pesakit (e-IR) telah diadakan pada 11 Februari 2026 (Rabu) bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang, bertempat di Auditorium Advanced Surgical Skills Centre (ASSC).

Taklimat ini diadakan bagi memberikan pemakluman berkaitan penggunaan Borang e-IR kepada semua jabatan yang terlibat dalam perkhidmatan klinikal. Selain itu, sesi ini turut bertujuan menyelaras pelaporan bagi setiap insiden serta mendapatkan input dan maklum balas daripada pihak jabatan bagi tujuan penambahbaikan sistem sedia ada.

Penceramah bagi taklimat ini ialah Dr. Nurmasitah Mohamad Nazri, Pegawai Perubatan, Jabatan Kualiti HCTM. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Noor Asyikin Jasni, Ketua Jabatan Kualiti HCTM, serta wakil-wakil jabatan yang terdiri daripada pegawai yang bertanggungjawab bagi MSQH, Quality Assurance (QA), Pegawai Perhubungan Aduan dan Pegawai Insiden.

 

 

Search

+