Program Pemantapan Organisasi Dan Peningkatan Kualiti Kerja Kakitangan Jabatan Kualiti 2025

30 Dec 2025

Bengkel Pemantapan Organisasi Dan Kualiti Kerja Kakitangan Jabatan Kualiti 2025 telah diadakan pada 28 hingga 30 November 2025 (Jumaat – Ahad)  bertempat di Savannah Hill Resort, Johor Bahru. Program ini telah dihadiri oleh 14 orang kakitangan Jabatan Kualiti dan telah dimulakan dengan taklimat dan pembentangan oleh YBrs. Dr. Noor Asyikin Jasni, Ketua Jabatan Kualiti HCTM berkenaan perubahan struktur organisasi Jabatan serta pemurnian skop tugas setiap kakitangan. Pembentangan oleh Ketua Unit juga dijalankan dimana setiap unit / bahagian membentangkan laporan prestasi dan perkembangan tahun terkini dan perancangan bagi tahun 2026.

 

 

Search

+