Lawatan Kerja Jabatan Kejururawatan Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM

14 Aug 2025
Rakaman lensa lawatan kerja Jabatan Kejururawatan, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), UiTM ke Jabatan Kualiti, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 14 Ogos 2025 (Khamis). Lawatan yang diketuai oleh Puan Norhaniza Kamaludin, Ketua Jabatan Kejururawatan bersama sembilan (9) orang pegawai daripada Jabatan Kejururawatan, HASA UiTM.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan pelaksanaan amalan terbaik merangkumi pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh Jabatan Kualiti HCTM serta fungsi dan penglibatan jabatan secara menyeluruh dalam melaksanakan dan memantau perjalanan program kualiti di HCTM. Perbincangan juga turut menyentuh pengurusan keselamatan pesakit. Sesi perbincangan dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh YBrs. Dr. Noor Asyikin Jasni, Ketua Jabatan Kualiti, HCTM.
Turut hadir dalam perbincangan ini, YBrs. Puan Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan HCTM, YBrs. Dr. Sharifah Azura Salleh, Ketua Unit Kawalan Infeksi HCTM mewakili Jawatankuasa Keselamatan Pesakit HCTM, Pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Jabatan Kualiti HCTM.

Search

+