KEJOHANAN BOWLING JABATAN KUALITI 2025

4 Aug 2025

Kejohanan Bowling Jabatan Kualiti 2025 telah diadakan pada 22 Jun 2025 jam 10.00 pagi bertempat di Ampang Superbowl, Ampang Point Shopping Centre. Seramai 20 orang telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini.

Objektif penganjuran bowling adalah untuk menggalakkan penglibatan kakitangan dalam aktiviti riadah, mengeratkan ikatan silaturahim antara kakitangan dan memupuk semangat kesukanan yang sihat.

Hadiah kepada pemenang pertandingan telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Noor Asyikin Jasni, Ketua Jabatan Kualiti HCTM dan Encik Mohd Hairi Adzli Sulaiman selaku Pengerusi Kejohanan Bowling Jabatan Kualiti 2025.

Senarai Pemenang adalah seperti berikut :

Johan                         : Kumpulan Hijau (Jatuhan Pin 869 )

Naib Johan               : Kumpulan Biru (Jatuhan Pin 772 )

Ketiga                       : Kumpulan Merah (Jatuhan Pin 708 )

Keempat                   : Kumpulan Kuning (Jatuhan Pin 516 )

Man Highest Score

Encik Muhammad Safwan Jaafar (Jatuhan Pin 258 )

Women Highest Score

Puan Masnizah Ahmad Marzuki (Jatuhan Pin 245 )

Sebanyak 9 hadiah cabutan bertuah disediakan untuk 9 orang yang bertuah, Tahniah diucapkan.

Search

+