BENGKEL INTENSIF PENGENDALIAN SIASATAN MAKLUM BALAS PELANGGAN

27 Mar 2024

Jabatan Kualiti, HCTM telah mengadakan Bengkel Intensif Pengendalian Siasatan Maklum Balas Pelanggan pada 30 dan 31 Januari 2024 bertempat di Advanced Surgical Skills Centre (ASSC) dengan sasaran seramai 70 peserta melibatkan Pegawai Perhubungan Aduan (Liaison Officer) di setiap jabatan .  Penceramah yang telah dijemput pada bengkel ini terdiri daripada Dr. Noor Asyikin selaku Menjalankan Tugas Ketua Jabatan Kualiti, Cik Nur Shuhada Abdul Hamid, Penolong Pendaftar Kanan Jabatan Kualiti dan Puan Siti Fairuz Mohd Saad, Penolong Pegawai Tadbir Kanan Jabatan Kualiti. Turut dijemput adalah penceramah daripada Unit Perhubungan Awam, Hospital Putrajaya iaitu Puan Nurul Insyirah Binti Mohd Ishah.

Search

+