BENGKEL PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN FAIL DAN REKOD
Jabatan Kualiti, HCTM telah mengadakan Bengkel Penambahbaikan Pengurusan Fail dan Rekod untuk kakitangan di Jabatan Kualiti pada 19 Januari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Kualiti. Penceramah yang telah dijemput pada bengkel ini ialah Encik Mohd Faizor Hj Hassan, Penolong Pendaftar Kanan di Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu. Turut diwakili oleh Puan Amirah Hanani Mohd Said, Penolong Pegawai Tadbir di Jabatan Pengurusan Fasiliti Bersepadu.





