Kategori Anugerah

Anugerah Dian (Jaringan) HCTM

Anugerah ini bertujuan untuk memberi besar pengiktirafan kepada rakan jaringan yang telah memberi sumbangan melalui penglibatan aktif lestari, dan berimpak dalam aktiviti HCTM.

a. Kategori PTj Hospital (Klinikal)
b. Kategori PTj Hospital (Sokongan Klinikal)
c. Kategori PTj Hospital (Pentadbiran)

Anugerah Tempat Kerja Selamat HCTM

Anugerah ini bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada tempat kerja di HCTM yang mengutamakan dan mengamalkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja masing-masing.

a. Kategori PTj Hospital (Pentadbiran)
b. Kategori PTj Hospital (Makmal)
c. Kategori PTj Hospital (Klinikal)

Anugerah Persekitaran Berkualiti Terbaik HCTM

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada tempat kerja di HCTM yang telah berusaha membudayakan Amalan 5S secara berterusan dan menjadikan amalan 5S sebagai faktor dalam meningkatkan kualiti dan faktor dalam meningkatkan kualiti urus tadbir yang baik dan cemerlang.

a. Kategori PTj Hospital (Pentadbiran)
b. Kategori PTj Hospital (Makmal)
c. Kategori PTj Hospital (Klinikal)
d. Kategori PTj Hospital (Farmasi)

Anugerah Penghargaan HCTM (Pencalonan Dibuat oleh Jabatan Kualiti)

Anugerah ini bertujuan untuk memberi besar pengiktirafan kepada rakan jaringan yang telah memberi sumbangan melalui penglibatan aktif lestari, dan berimpak dalam aktiviti HCTM.

Anugerah Pengurusan Ubat HCTM

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga HCTM yang telah bekerjasama secara strategik dalam inisiatif bagi menambah baik pengurusan ubat-ubatan demi kebaikan PTj dan pesakit. Aktiviti-aktiviti inovasi merangkumi aspek pengurusan ubat-ubatan dan pendidikan pesakit yang bertujuan menyumbang ke arah pembangunan pembelajaran dan pengajaran serta meningkatkan kesedaran terhadap kepatuhan dan keselamatan ubat. Contoh: katalog bergambar ubat-ubatan, video pendidikan pesakit, aplikasi kod QR dsb.

Anugerah Pengurusan Rekod Perubatan HCTM (Pencalonan Dibuat oleh Jabatan Maklumat Kesihatan)

Garis Panduan ini bertujuan untuk menerangkan kriteria penyertaan untuk Anugerah Pengurusan Rekod Perubatan Terbaik HCTM. Anugerah ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada PTj yang mempunyai prestasi yang cemerlang dan sentiasa berusaha ke arah meningkatkan kualiti pengurusan rekod perubatan di hospital ini.

Anugerah Kaunter Terbaik HCTM

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada jabatan/unit/pusat yang menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cekap, responsif dan berkesan terutamanya perkhidmatan barisan hadapan. Perkhidmatan kaunter merupakan perkhidmatan barisan hadapan yang penting dalam pengurusan perhubungan pelanggan. Perkhidmatan kaunter yang disediakan untuk pelanggan hendaklah tinggi nilainya sehingga melebihi ekspektasi pelanggan sejajar dengan pendekatan delighting the customer yang memenuhi ciri-ciri kualiti iaitu fizikal, penyampaian dan emosi.

a. Kategori PTj Hospital (Klinikal)
b. Kategori PTj Hospital (Sokongan Klinikal)
c. Kategori PTj Hospital (Pentadbiran)

Anugerah Perkhidmatan 25 tahun HCTM (Pencalonan Dibuat oleh Jabatan Sumber Manusia)

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun pada tahun 2022 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan mempunyai budaya kerja cemerlang, komitmen kerja yang tinggi, berkeperibadian tinggi, berkualiti, produktif dan boleh dicontohi oleh kakitangan lain.

a. Kategori Individu (Klinikal)
b. Kategori Individu (Sokongan Klinikal)
c. Kategori Individu (Pentadbiran)

Anugerah Kepimpinan Berwibawa HCTM

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan serta penghargaan terhadap kejayaan serta sumbangan individu yang mempunyai gaya dan hasil kepimpinan sepanjang perkhidmatan dalam bidang masing-masing.

a. Kategori Individu (Pengurusan Tertinggi)
b. Kategori Individu (Klinikal)
c. Kategori Individu (Sokongan Klinikal)
d. Kategori Individu (Pentadbiran)

Anugerah Bitara Seni HCTM

Anugerah ini diberikan kepada calon yang telah menghasilkan karya asli yang telah dicalonkan / memenangi anugerah ATAU menerima pengiktirafan dan menyumbang kepada pembangunan ilmu, kreativiti serta memberi impak positif kepada seni budaya.

Anugerah Penglibatan Sukan HCTM

Anugerah ini bertujuan memberi penghargaan dan mengiktiraf penglibatan seseorang kakitangan (individu) yang telah mengharumkan nama jabatan HCTM dalam bidang sukan.

a. Kategori Individu (Klinikal)
b. Kategori Individu (Sokongan Klinikal)
c. Kategori Individu (Pentadbiran)

Anugerah Pengurusan Makmal HCTM

Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada Pusat tanggungjawab (PTj Hospital) yang memberi sumbangan besar kepada bidang penyelidikan, perkhidmatan, kailmuan, university, masyarakat dan negara.

Anugerah Pengurusan Maklumat Berkomputer HCTM

Anugerah ini diberikan kepada kakitangan yang telah menunjukan prestasi cemerlang dalam pengurusan maklumat berkomputer dan menyumbang kepada perkhidmatan jabatan seterusnya HCTM.


 

Warga HCTM dialu-alukan untuk menyertai dan mencalonkan pencalonan Anugerah Sanjungan Bakti HCTM sempena Minggu Kualiti HCTM. Tempoh penyertaan telah dilanjutkan sehingga 07 Jun 2022. Tempoh penilaian adalah dari Januari 2021 – Disember 2021. Maklumat lanjut untuk setiap kriteria anugerah dan pencalonan boleh klik pada butang di bawah.