Audit Pengawasan Program MS ISO 9001:2015 SPK Hospital Canselor Tuanku Muhriz

1 Mar 2022

Audit Pengawasan Program MS ISO 9001:2015 SPK HCTM telah diadakan selama tiga hari bermula 23 Februari 2022 sehingga 25 Februari 2022 secara atas talian oleh Pasukan Audit SIRIM QAS International Sdn. Bhd. Berdasarkan hasil audit pada kali ini, sebanyak 8 penemuan peluang penambahbaikan (OFI) telah diketengahkan oleh pasukan auditor yang diketuai oleh Encik Muhammad Azam. Jabatan Kualiti sebagai urusetia jawatankuasa ISO mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua warga HCTM atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung sepanjang Audit Pengawasan Program MS ISO 9001:2015 SPK Hospital Canselor Tuanku Muhriz dijalankan.

 

Search

+