Program Tinjauan Kepuasan Pelanggan HCTM 2021

23 Oct 2021

Program Tinjauan Kepuasan Pelanggan HCTM 2021 telah dilancarkan pada 21 Oktober 2021  di Lobi Utama, HCTM. Pelancaran program ini adalah untuk mempromosi soal selidik tinjauan kepusasan pelanggan yang boleh dibuat atas talian dan menggalakkan pesakit-pesakit dan pelawat yang mengunjungi HCTM untuk mengisi soal selidik ini. Aktiviti edaran risalah dan mempromosi Borang Tinjauan Kepuasan Pelanggan HCTM atas talian dengan menggunakan QR Code telah diadakan di Lobi Utama dan di laluan utama klinik pakar. Turut hadir dan memberikan sokongan dalam program ini, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi Dan Sokongan) dan Puan Foziah Hanon Ahmad, Ketua Jabatan Kualiti. Program ini juga mendapat sokongan daripada CoffeeBot dan Gloria Jean’s Coffee. Pesakit, pelawat, dan waris pesakit yang pernah mendapatkan perkhidmatan perubatan di HCTM boleh mengisi borang tinjauan atas talian dan berpeluang mendapatkan baucar 10% potongan harga di kedai runcit HCTM.

 

 

Search

+