Sumbangan Program Bantuan Kasih Food Bank Anjuran Jabatan Kualiti

Jabatan Kualiti HCTM sedang menjalankan Program Kasih Food Bank untuk membantu kakitangan yang terkesan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/ PKPD).
Program ini bertempat di Lobi Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar. Semua kakitangan dan pelajar yang terkesan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP/ PKPD layak menerima sumbangan.
Selain itu, kami juga mengalu-alukan pihak PTj/ Jabatan/ Tuan/ Puan yang ingin turut serta menyumbang barang keperluan asas untuk program ini. Setiap sumbangan yang diberikan akan direkodkan sebagai penglibatan di dalam E-Khidmat. Sebarang maklumat lanjut, boleh berhubung dengan urusetia program di talian 039145 5052/ 5064/ 5068.
Jabatan Kualiti mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan sumbangan yang pihak PTj / Jabatan/ Tuan/ Puan berikan
