Misi

Cemerlang dalam perkhidmatan dan pengurusan kewangan yang terkehadapan, cepat, telus, tulus serta kos efektif

Falsafah

Beroperasi berpandukan kepada prinsip LEGALITI, AKAUNTABILITI dan BERINTEGRITI pada setiap masa

Objektif

  • Merancang dan mengurus perolehan Hospital secara efektif dalam tempoh yang ditetapkan mengikut peraturan semasa.
  • Menyediakan permohonan belanjawan, mengagihkan peruntukan dan menyediakan laporan prestasi perbelanjaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Mengurus bekalan bahan pakai habis gunasama.
  • Mengurus bayaran kepada pelanggan Hospital dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Mengurus pembayaran dan potongan gaji dan elaun bulanan kakitangan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Menguruskan pendaftaran aset dalam tempoh ditetapkan.
  • Mengurus penerimaan hasil Hospital mengikut peraturan dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
  • Menguruskan laporan aliran tunai mingguan (bank) disediakan dan disemak dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Menguruskan surat tawaran dan dokumen perjanjian sewa ruang dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Menyediakan penyata kewangan tahunan yang benar dan saksama dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Moto

Legaliti, Akauntabiliti dan Integriti