Fungsi Utama
- Merancang dan mengurus perolehan hospital secara efektif dalam tempoh yang ditetapkan mengikut peraturan semasa.
- Menyediakan permohonan belanjawan mengagihkan peruntukan dan menyediakan laporan prestasi perbelanjaan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Mengurus bekalan bahan pakai habis gunasama.
- Mengurus bayaran kepada pelanggan hospital dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Mengurus pembayaran dan potongan gaji dan elaun bulanan kakitangan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Menguruskan pendaftaran aset dalam tempoh yang ditetapkan.
- Menguruskan penerimaan hasil hospital mengikut peraturan dan mencapai sasaran yang ditetapkan.
- Menguruskan laporan aliran tunai (mingguan) bank disedia dan disemak dalam tempoh yang ditetapkan.
- Menguruskan surat tawaran dan dokumen perjanjian sewa ruang dalam tempoh yang ditetapkan.
- Menyediakan penyata kewangan tahunan yang benar dan saksama dalam tempoh yang ditetapkan.
OBJEKTIF KUALITI
- Mengurus pesanan dalam tempoh 10 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
- Mengurus sebutharga sehingga pengeluaran surat tawaran dalam tempoh 120 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
- Mengurus tender sehingga pengeluaran surat tawaran dalam tempoh 150 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
- Mengurus rundingan terus sehingga mengemukakan surat permohonan ke Jabatan Bendahari dalam tempoh 60 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
- Menguruskan pengagihan peruntukan mengurus hospital selewat-lewatnya pada 5 Januari setiap tahun.
- Menyediakan penyata prestasi perbelanjaan mengurus dan pembangunan bulanan selewat-lewatnya 7hb pada awal bulan berikutnya.
- Surat keputusan pindah peruntukan akan dikeluarkan dalam tempoh 7 hari selepas dokumen permohonan lengkap diterima.
- Surat keputusan permohonan peralatan tanpa bajet dikeluarkan kepada Pusat Tanggungjawab selewat-lewatnya 7 hari selepas keputusan mesyuarat.
- Memastikan pelupusan stok gunasama yang dibuat adalah pada kadar yang minima (tidak melebihi 0.5%).
- Mengurus bayaran dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima sehingga cek ditandatangani.
- Pendaftaran aset berdasarkan maklumat aset yang lengkap dilaksanakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelulusan APB.
- Memastikan jumlah hasil kutipan hospital mencapai sasaran 35 juta setahun.
- Memastikan laporan aliran tunai mingguan (bank) disedia dan disemak dalam tempoh 3 hari pada minggu berikutnya.
- Menguruskan surat maklumbalas sewa ruang / tapak dalam tempoh 1 hari dari tarikh terima permohonan.
- Menyediakan draf awal penyata kewangan tahunan hospital pada tarikh yang ditetapkan oleh UKM Induk.