Jabatan Kewangan mula beroperasi pada bulan Julai 1997 dengan bertindak sebagai nadi kepada Hospital UKM dari segi merancang, melaksana dan memantau pengurusan kewangan Hospital.

Diawal penubuhannya Jabatan Kewangan diketuai oleh Ketua Jabatan (W48), empat (4) pegawai kewangan bergred W41 yang mengetuai Unit Perolehan, Bekalan & Stor, Unit Bayaran, Unit Hasil & Taksiran dan Unit Akaun & Sistem serta kekuatan 40 orang kakitangan sokongan.

Berdasarkan keperluan semasa mengambilkira fungsi kewangan dan integriti yang dipertanggungjawabkan, maka, beberapa bahagian/zon/unit diwujud dan diperkukuhkan dalam mencapai visi dan misi HCTM, PPUKM. Setelah lebih 23 tahun kewujudannya, seramai tujuh (7) orang Ketua Jabatan telah dilantik menerajui Jabatan Kewangan HCTM iaitu:-

Pn. Norma Sidek 1997-2002
Pn Esah Ab. Hamid 2002-2003
En Sabardin Ahmad 2003-2006
Pn Khalijah Hj Bakar 2006 – 2008
Pn Rabaiah Hj Arham 2008 – 2015
Pn Norini Mohamad 2015 – 2019
Pn. Wan Omi Hj Wan Yussop 2019 hingga kini

Jabatan ini diterajui oleh Ketua Jabatan dan dibantu oleh enam (6) Ketua Bahagian serta seramai 190 orang pegawai P&P dan kakitangan sokongan pelbagai peringkat yang melaksanakan fungsi dan operasi kewangan universiti.