Pemakluman Persaraan & Perpindahan

28 Nov 2015

Makluman Perpindahan

  1. Mulai 3 Oktober 2016, Jabatan Kewangan telah melaksanakan pertukaran tugas kakitangan melibatkan mereka yang telah bertugas melebihi 4 tahun di Bahagian/Unit semasa.
  2. Mulai 19 September 2016, 5 orang staf N19 telah berpindah ke tempat bertugas di PTj lain, iaitu Jabatan Sumber Manusia, Jabatan Kerja Sosial Perubatan dan sebagainya.
  3. Mulai 25 Julai 2016, Bahagian Dasar, Kualiti & Penguatkuasaan telah berpindah ke Aras 1, Pejabat Kewangan, Blok Pendidikan, HCTM, PPUKM, nombor sambungan 5223 / 5189 / 5326 (pejabat lama Zon Kewangan Kampus Cheras).
  4. Mulai 16 Julai 2016, Pn. Syamsidar Rusli (W29), secara rasmi berpindah tempat bertugas dari Bahagian Pengurusan Strategik ke Bahagian Pengurusan Bayaran, Jabatan Kewangan.
  5. Mulai 1 Julai 2016, En. Roslan Abd. Manan (N44), Bahagian Pentadbiran, Jabatan Kewangan secara rasmi berpindah tempat bertugas ke Jabatan Pentadbiran Am. Beliau berganti tempat bertugas dengan En. Noorul Izuhan (N41).
  6. Mulai 16 Mei 2016, 6 orang kakitangan gred N19 dari pelbagai Bahagian/Unit/Zon, Jabatan Kewangan, secara rasmi berpindah tempat bertugas ke pelbagai Jabatan/Unit/Pusat, iaitu Pn. Norafizah Baharuddin, En. Mohd Izani Muhamad, Pn, Azmawati, En. Kohar Ismail, En. Mohd. Zulkarnain dan Pn. Haiwa.

 

Makluman Persaraan

  • Mulai 19 Mei 2016, Pn. Poh Siew Kuan, Pembantu Tadbir Kanan, N22 (KUP) akan mula bercuti untuk persaraan wajib beliau.

Jabatan Kewangan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga Kewangan ini yang telah banyak menabur idea dan bakti kepada Bahagian/Unit, Jabatan & PPUKM selama tempoh perkhidmatan mereka.

Album Majlis Perpisahan

 

 

Search

+