PROGRAM TITIAN KASIH

6 Apr 2021

Jabatan Kewangan HCTM melalui Badan Kebajikan Kakitangan Jabatan Kewangan HCTM telah mengadakan kutipan sumbangan ikhlas bagi membantu meringankan beban operasi Rumah Amal Titian Baiti Al-Jannah yang bertempat di Rawang, Selangor. Sumbangan kakitangan telah disampaikan kepada wakil Rumah Amal Baiti A-Jannah oleh Pengerusi Badan Kebajikan Kakitangan Jabatan Kewangan Encik Norrul Izuhan bin Shafri. Semoga sumbangan ikhlas tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka.

Search

+